MIDF Research positif terhadap prospek Deleum selepas meraih kontrak dari ExxonMobil | DagangNews Skip to main content

MIDF Research positif terhadap prospek Deleum selepas meraih kontrak dari ExxonMobil

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 6 April - MIDF Research positif terhadap prospek perniagaan huluan Deleum Berhad didorong kejayaan mereka meraih kontrak penyediaan peralatan dan perkhidmatan Slickline daripada ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. 

 

Firma itu berkata, kontrak selama empat tahun yang bermula pertengahan Mac 2023 akan berakhir dalam tempoh empat tahun.

 

Katanya, kumpulan itu sebelum ini pernah meraih kontrak sama daripada ExxonMobil pada 2018.

 

Ketika itu, firma itu berkata, kumpulan itu menyebut bahawa nilai kontrak bergantung kepada kadar yang dipersetujui dan perintah kerja yang dikeluarkan oleh ExxonMobil semasa tempoh kontrak.

 

"Bagaimanapun, kumpulan itu dijangka berdepan beberapa risiko termasuk risiko pelaksanaan dari segi ketersediaan pekerja mahir dan perubahan kos, perubahan dalam keadaan politik, ekonomi dan peraturan.

 

BACA JUGA: Deleum raih kontrak selama 4 tahun daripada ExxonMobil bagi penyediaan perkhidmatan Slickline

 

"Namun begitu, dengan mengambil kira pengalaman dan kepakaran Deleum dalam perkhidmatan itu, kami percaya risiko yang disebutkan di atas boleh dikurangkan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, walaupun kontrak itu dijangka menyumbang secara possitif kepada prestasi kewangan kumpulan namun firma itu tidak membuat sebarang perubahan unjuran pendapatan ketika ini.

 

Katanya, kontrak itu masih di peringkat awal dan sebarnag perubahan hanya dibuat selepas keputusan 1QFY23 pada Mei ini.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran RM1.22 sesaham. - DagangNews.com