Mitsubishi Motors sertai pameran Tokyo Auto Salon di MITEC mulai 9 hingga 11 Jun 2023  | DagangNews Skip to main content

Mitsubishi Motors sertai pameran Tokyo Auto Salon di MITEC mulai 9 hingga 11 Jun 2023 

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 9 Jun - Mitsubishi Motors Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di negara ini, akan menyertai pameran Tokyo Auto Salon sulung dari 9 hingga 11 Jun di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

 

Syarikat itu akan memaparkan dua buah Triton dan Xpander yang diubah suai, serta dua kereta pelanggan yang diubah suai mengikut elemen gaya hidup. 

 

Mempamerkan konsep sporty keseluruhan, gerai pameran Mitsubishi Motors akan terletak di Dewan 3, lot C301 di Aras 1.

 

Pengunjung Tokyo Auto Salon yang memandu uji Triton atau Xpander akan menerima barangan Mitsubishi Motors, dan berpeluang menyertai cabutan bertuah yang mana lima pemenang akan mendapat pin tambah nilai Touch 'n Go bernilai RM300.

 

 

mitsubishi

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://tokyoautosalonkl.com/. - DagangNews.com