MST Golf buka cawangan pertama di Jakarta, langkah awal teroka pasaran serantau | DagangNews Skip to main content

MST Golf buka cawangan pertama di Jakarta, langkah awal teroka pasaran serantau

MST Golf Arena yang pertama di Indonesia dibuka dengan rasminya di La Piazza Summarecon, Kelapa Gading, Jakarta.
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 12 Jan - MST Golf Arena yang pertama di Indonesia dibuka dengan rasminya di pusat beli-belah La Piazza Summarecon, Kelapa Gading, Jakarta yang menandakan pengembangan operasi MST Golf Berhad ke peringkat serantau.

 

Menerusi usaha sama dengan Erajaya Active Lifestyle (ERAL), MST Golf Arena menawarkan keperluan serba lengkap kepada semua lapisan pemain golf termasuk yang baru menceburi sukan itu.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MST Golf, Ng Yap Sio berkata, pihaknya yakin usaha sama dengan ERAL ini akan memberikan pulangan terbaik kepada syarikat pada masa depan.

 

Malah, kata beliau, lebih banyak cawangan MST Golf Arena akan dibuka dalam masa terdekat untuk memenuhi permintaan peminat golf yang mahukan kepelbagaian pilihan.

 

"Pembukaan rasmi MST Golf Arena menandakan cawangan sulung kami di Indonesia, dan ini hanyalah permulaan sambil kami meneruskan rancangan pengembangan serantau kami," katanya dalam kenyataan media hari ini.

 

mst2

 

 

MST Golf meletakkan sasaran menawarkan kelengkapan golf terkini daripada pelbagai jenama berkualiti tinggi kepada peminat sukan tersebut di Indonesia.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ERAL, Djohan Sutanto berharap konsep yang ditawarkan MST Golf Arena diterima baik di Indonesia dan mampu menyumbang kepada perkembangan sukan tersebut.

 

"Pembukaan rasmi cawangan di Jakarta ini merupakan langkah awal MST Golf dalam pengembangan pasaran di Indonesia.

 

mst5

 

"Konsep yang ditawarkan sangat menarik, memenuhi apa yang dicari peminat golf baik yang baru bermula sehinggalah ke peringkat profesional. 

 

"Di sini ada menawarkan khidmat fitting, latihan, fasiliti golf dalam dewan dan juga sudut minuman dan makanan (F&B) untuk semua," jelasnya.

 

MST Golf mempunyai lebih 40 premis di Malaysia dan Singapura dengan cawangan pertama dibuka lebih 30 tahun lalu. - DagangNews.com