Muhyiddin, Hadi bertemu Abang Jo bincang pembentukan Kerajaan Persekutuan | DagangNews Skip to main content

Muhyiddin, Hadi bertemu Abang Jo bincang pembentukan Kerajaan Persekutuan

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 20 Nov - Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama dengan Tan Sri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan pembentukan Kerajaan Persekutuan.

 

"Pagi ini saya menerima kunjungan YAB Tan Sri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak dan YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS untuk membincangkan pembentukan Kerajaan Persekutuan.

 

"Rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan Ahli Parlimen bebas.

 

"InsyaAllah, Kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat," kata Muhyiddin dalam hantaran terkini di media sosial rasmi beliau. - DagangNews.com