Novartis Malaysia lancar kempen memperkasa penjagaan kesihatan jantung bagi membendung penyakit kardiovaskular | DagangNews Skip to main content

Novartis Malaysia lancar kempen memperkasa penjagaan kesihatan jantung bagi membendung penyakit kardiovaskular

Novartis Malaysia menaja ujian kolesterol bagi kakitangannya dan pelbagai aktiviti lain untuk memperkasakan kepentingan penjagaan jantung.
Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 17 Okt - Novartis Malaysia telah memulakan kempen memperkasakan penjagaan kesihatan jantung melibatkan kakitangan dan pakar bagi menekankan kepentingan mengetahui paras kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL-C), yang juga dikenali sebagai kolesterol buruk.

 

Kempen Unblocked APMA Challenge yang berlangsung selama sebulan itu merupakan sebahagian daripada gerakan Unblocked serantau di Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika.

 

Presiden Novartis Malaysia, Mohamed Elwakil berkata kadar kelaziman penyakit dan kematian berkaitan penyakit kardiovaskular yang membimbangkan bukan hanya memberi kesan kepada pesakit dan keluarga mereka, bahkan turut menyebabkan beban ekonomi yang tidak mampan kepada negara.

 

”Kos rawatan pula mencecah jumlah yang mengejutkan iaitu hampir RM3.9 bilion setiap tahun, menyumbang lebih 40% daripada jumlah kos penjagaan kesihatan langsung untuk penyakit tidak berjangkit (NCD).

 

 

(Depan, empat dari kiri) Mohamed Elwakil Bersama lebih 220 rakan sekutu memulakan kempen Unblock APMA Challenge selama sebulan untuk menyerlahkan kepentingan mengetahui tahap kolesterol buruk.
(Duduk depan, empat dari kiri) Mohamed Elwakil bersama lebih 220 kakitangan memulakan kempen Unblock APMA Challenge selama sebulan untuk menyerlahkan kepentingan mengetahui tahap kolesterol buruk.

 

 

”Kesannya melangkaui perbelanjaan perubatan, menyebabkan kehilangan produktiviti tahunan yang dianggarkan sebanyak RM4 bilion,” katanya memetik tinjauan persepsi awam bertajuk The State of Health of the Nation, iaitu inisiatif bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Novartis Malaysia

 

Berbekalkan pengalaman 30 tahun menerajui sains dalam penyakit kardiovaskular, Mohamed berkata Novartis Malaysia komited dan berada pada kedudukan yang baik sebagai rakan pilihan untuk menangani bebanan yang boleh dielakkan.

 

”Kami percaya sudah tiba masanya untuk kita berkerjasama mengubah standard penjagaan untuk manfaat dua kali ganda jumlah pesakit, dua kali lebih cepat dan mengurangkan kematian yang berkaitan dengan penyakit kardiovaskular,” tambahnya.

 

Melalui kempen tersebut, syarikat itu menyaksikan lebih 220 kakitangannya yang mendukung matlamat sama berhimpun untuk mengambil bahagian dalam acara pendidikan interaktif tentang kesihatan jantung dengan pelbagai aktiviti.

 

 

Kakitangan Novartis Malaysia mengambil bahagian dalam aktiviti interaktif, ujian kolesterol dan berikrar untuk kekalkan kesihatan sihat jantung sepanjang September serta sepanjang hayat mereka dengan mengamalkan diet dan gaya hidup sihat.
Kakitangan Novartis Malaysia mengambil bahagian dalam aktiviti interaktif, ujian kolesterol dan berikrar untuk kekalkan kesihatan sihat jantung sepanjang September serta sepanjang hayat mereka dengan mengamalkan diet dan gaya hidup sihat.

 

 

Aktiviti yang dianjurkan termasuk ujian kolesterol, sesi perundingan peribadi Bersama doctor dan sesi makan tengah hari dan belajar.

 

Sementara itu, lebih 30 rakan di lapangan turut diberikan ujian kolesterol dan ramai yang mendaftar untuk menyertai segmen makan tengah hari dan belajar, yang membongkar mitos mengenai penyakit jantung dan kolesterol bersama pakar kardiologi.

 

Di peringkat pakar penjagaan kesihatan, Novartis Malaysia menerajui jelajah #CareUnblocked di seluruh negara yang meliputi lebih 10 hospital dan mengunjungi kira-kira 50 pakar jantung.

 

Jelajah tersebut adalah bagi meningkatkan kesedaran untuk merawat LDL-C supaya mencapai paras sasaran berdasarkan saranan dalam Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Dislipidaemia 2023 (Edisi ke-6) yang baharu dilancarkan.

 

Ini sejajar dengan matlamat gerakan Unblocked untuk membantu pakar penjagaan kesihatan memberi penjagaan perubatan yang tepat pada masanya dan lebih berkesan kepada pesakit mereka. - DagangNews.com