Pameran pembungkusan WEPACK ASEAN 2023 tampilkan 200 pemain industri global | DagangNews Skip to main content

Pameran pembungkusan WEPACK ASEAN 2023 tampilkan 200 pemain industri global

Pameran WEPACK ASEAN 2023 yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur mulai 22 hingga 24 November 2023 itu menampilkan lebih 200 pemain industri global. - Gambar DagangNews
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 22 Nov - Pameran pembungkusan berskala besar pertama di Asia Tenggara yang julung kali diadakan di Malaysia, WEPACK ASEAN 2023 menampilkan lebih 200 pemain industri global, dengan menyasarkan kehadiran lebih 4,000 delegasi daripada industri pembungkusan dari luar negara.

 

Pameran yang berlangsung mulai hari ini hingga 24 November 2023 anjuran Reed Exhibitions (RX) itu menampilkan pemain industri, termasuk Dongfang Precision, Fosber Asia, Eternal, Wonder, Hsieh Hsu, Wanlian, Xiehelong, Li Shenq, DGM, Keshenglong dan Sansin.

 

Ketua Pegawai Operasi RX Greater China, Josephine Lee berkata, pameran itu memberi peluang kepada pemain industri seluruh dunia berkongsi dan bertukar pengetahuan mengenai trend terkini, merangsang daya hidup pasaran lebih efisien dan penjimatan kos serta menggalakkan kerjasama perniagaan antarabangsa.

 

Beliau berkata, industri tersebut terjejas ekoran perubahan yang sukar dijangka dan bilangan pengguna yang semakin meningkat telah mengembangkan industri pembungkusan Asia Tenggara menjadi lebih pesat.

 

Katanya, secara tidak langsung mengubah rantau ini menjadi menjadi salah satu rantau yang berpotensi di dunia dalam bidang pembangunan ekonomi. 

 

"Kami berkumpul di sini untuk memacu inovasi dan mengatasi cabaran dalam pembangunan dan pengembangan dalam pasaran Asia Tenggara.

 

"Ini adalah kali pertama RX membawa Jenama WEPACK dari China ke Malaysia. Terdapat beberapa tema di WEPACK ASEAN 2023, termasuk Corrugated ASEAN 2023, FoldingCarton ASEAN 2023, DPrint ASEAN 2023 dan Paper ASEAN 2023. 

 

 

wepack
Josephine Lee

 

 

"Ia akan menjadi platform yang terbaik bagi pemain industri Asia Tenggara untuk menjalin rangkaian dan membina perkongsian perniagaan. Selain pameran, terdapat beberapa forum dan lawatan kilang bakal diadakan dalam tempoh tiga hari ini," katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian WEPACK ASEAN 2023 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

 

 

wepack

 

 

wepack

 

 

Turut hadir Pengerusi Persatuan Pengilang Karton Beralun Malaysia (MACCMA), Henry Low.

 

Sementara itu, Henry pula berkata, pihaknya menzahirkan penghargaan kerjasama dengan Reed Exhibition. 

 

BACA JUGA: Industri pembungkusan Malaysia merosot hingga 35% selepas pandemik - MACCMA

 

"Reed Exhibitions berpengalaman luas dalam sektor pembungkusan sejak mereka menubuhkan SinoCorrugated 22 tahun lalu. Saya percaya ia akan menjadi satu peluang yang baik untuk mempromosikan pasaran pembungkusan Asia," katanya. - DagangNews.com