Pelabur kini boleh memohon IPO menerusi platform M+ Global | DagangNews Skip to main content

Pelabur kini boleh memohon IPO menerusi platform M+ Global

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Julai - Pelabur kini boleh membuat permohonan tawaran awam permulaan (IPO) di M+ Global, platform pelaburan Malacca Securities selepas syarikat itu memperkenalkan kemudahan baharu Langganan Bursa eIPO.

 

Kumpulan itu dalam satu kenayataan berkata, menerusi kemudahan itu, permohonan boleh dibuat secara terus sejajar dengan inisiatif syarikat memperkasakan rakyat Malaysia dalam perjalanan pelaburan mereka. 

 

Katanya, dengan ciri Langganan Bursa eIPO M+ Global, pelabur boleh melangkaui segala kerumitan dan melanggan IPO menerusi beberapa langkah mudah.

 

Selain proses diperkemas, pelabur juga akan dapat menikmati kemas kini status masa nyata tentang prestasi IPO dan arah aliran pasaran untuk menjejaki langganan mereka, menerima kemas kini peruntukan dan mengurus pelaburan dengan lancar.

 

Pengarah Urusan Malacca Securities, Lim Chia Wei berkata, sebagai broker saham tempatan pihaknya teruja untuk menawarkan Langganan eIPO Bursa bagi menyediakan akses lebih mudah kepada pelabur kepada IPO Bursa.

 

Katanya, berdasarkan prestasi lepas, saham IPO di Malaysia menunjukkan keuntungan yang besar selepas penyenaraian, menunjukkan potensi pertumbuhan yang menjanjikan untuk pelabur.

 

"Bagaimanapun, proses rumit sebelum ini menghalang pelabur daripada melanggan. Dengan pelancaran ciri baharu kami, kami berharap dapat menyelesaikan isu ini dengan memudahkan proses itu selain meningkatkan perjalanan pelaburan keseluruhan pelabur Malaysia," katanya.

 

Awal tahun ini, Malacca Securities mengumumkan penyepaduan aplikasi M+ Online bersma M+ Global bagi mencipta platform semua-dalam-satu yang lebih lancar di pasaran saham Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan Hong Kong.- DagangNews.com