Pemegang kad kredit AmBank nikmati perkhidmatan bayaran ansuran Visa tanpa faedah bagi pembelian serendah RM300 | DagangNews Skip to main content

Pemegang kad kredit AmBank nikmati perkhidmatan bayaran ansuran Visa tanpa faedah bagi pembelian serendah RM300

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Nov - AmBank melancarkan perkhidmatan bayaran ansuran Visa tanpa faedah sehingga 36 bulan bagi pembelian serendah RM300 bagi pemegang kad kreditnya.

 

Menerusi perkhidmatan itu, pemegang kad kredit bank itu boleh membahagikan pembelian mereka kepada pembayaran ansuran bulanan bagi kedai biasa dan dalam talian di lebih 3,000 kedai yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia.

 

Pengarah Urusan Perbankan Runcit AmBank, Aaron Loo berkata, pihaknya berbesar hati untuk menjadi bank tempatan pertama melancarkan perkhidmatan itu dan kerjasama dengan Visa akan mengukuhkan lagi kedudukan mereka bagi menjadi peneraju dalam segmen perkhidmatan kewangan. 

 

Beliau berkata, inovasi merupakan strategi utama mereka dan telah dibuktikan menerusi saluran digital AmOnline selain pelancaran Apple Pay dan pelbagai perkhidmatan lain.

 

"Kami berharap dengan perkhidmatan ini, pemegang kad kredit kami mempunyai untuk membuat ansuran bagi pembelian mereka akan memainkan peranan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Berdasarkan kepada kajian terkini sikap pembayaran pengguna Visa, hampir 90% pengguna di Malaysia menunjukkan bahawa mereka telah menggunakan penyelesaian ansuran daripada bank mereka atau penyedia BNPL lain.

 

Kategori teratas untuk penggunaan BNPL termasuk alat elektronik (49%), fesyen dan aksesori (44%) dan peralatan rumah (42%).

 

Sementara itu, Pengurusn Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon berkata, adalah penting untuk menyediakan penyelesaian pembayaran yang inovatif, mudah dan selamat serta memacu penggunaan pembayaran digital di negara ini.

 

"Kami gembira kerana AmBank bekerjasama dengan kami bagi memperkenalkan ansuran Visa kepada pemegang kad kami di negara ini," katanya. - DagangNews.com