Pendapatan Spritzer untuk FY22, FY23 dijangka menurun akibat peningkatan kos operasi | DagangNews Skip to main content

Pendapatan Spritzer untuk FY22, FY23 dijangka menurun akibat peningkatan kos operasi

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Feb - MIDF Research mengunjurkan pendapatan FY22F dan FY23F Spritzer Berhad menurun masing-masing sebanyak 13.4% dan 26.2% akibat kenaikan kos pembuatan serta kos operasi kumpulan itu.

 

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu percaya, Spritzer akan menerima kesan positif daripada kesan pemulihan ekonomi dengan jangkaan permintaan terhadap air yang dibotolkan akan meningkat.

 

Katanya, jangkaan itu adalah berdasarkan kepada harga berpatutan yang ditawarkan untuk minuman boyl itu selain pemulihan dalam segmen HORECA (hotel-restoren-cafe) selain kedudukannya sebagai barangan keperluan.

 

"Keuntungan FY21 mereka menurun sebanyak 4.7% kepada RM24.2 juta manakala pendapatan kumpulan meningkat sebanyak 7.3% kepada RM331 juta.

 

"Penurunan keuntungan itu adalah disebabkan kemerosotan harga jualan purata (ASP)akibat kenaikan harga pembuatan serta kos perasi kumpulan," katanya dalam satu nota kajian hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, peningkatan pendapatan kumpulan bagi suku semasa adalah didorong daripada peningkatan permintaan daripada pasaran selepas pembukaan semula pelbagai sektor eskonomi di negara ini.

 

"Peningkatan pendapatan kumpulan itu juga disumbang oleh penjualan air botol yang tinggi di China selepas kumpulan itu berjaya memasuki pasaran negara itu," katanya.

 

air

 

Dalam pada itu, MIDF Research mengekalkan saranan 'beli' untuk saham-saham Spritzer dengan perubahan harga sasaran RM2.63 juta berbanding RM3.04 sebelum ini.

 

Katanya, kedudukan kewangan Spritzer kekal kukuh dengan pegangan tunai sebanyak RM21.8 juta bersama pelbagai pelaburan bernilai RM85.8 juta. - DagangNews.com