Perniagaan tenusu akan jadi pemangkin pertumbuhan jangka panjang Rhone Ma | DagangNews Skip to main content

Perniagaan tenusu akan jadi pemangkin pertumbuhan jangka panjang Rhone Ma

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Sept - PublicInvest Research mengunjurkan perniagaan penternakan susu akan menjadi pemangkin pertumbuhan jangka panjang untuk Rhone MA Holdings Berhad. 

 

Firma itu bagaiamanpun tidak menjangkan sebarang sumbangan untuk jangka pendek kerana kumpulan itu memerlukan masa untuk menembusi dan memperoleh bahagian pasaran yang lebih tinggi dalam industri penternakan tenusu yang kompetitif.

 

Dalam tempoh dua ke tiga tahun akan datang, penyelesaian kesihatan haiwan secara menyeluruh akan terus menyumbang c.80% daripada hasil kumpulan.

 

Katanya, populasi haiwan peliharaan yang semakin meningkat di Malaysia serta kesediaan pemilik yang lebih besar untuk kesejahteraan haiwan peliharaan, firma itu yakin permintaan penyelesaian kesihatan haiwan akan terus berkembang.

 

"Selepas mengambil kira semua faktor, kami percaya kumpulan itu akan berjaya berdasarkan kepada pengalaman dalam bidang penjagaan kesihatan haiwan, bekalan makanan yang akan melengkapi perniagaan penternakan serta pengedaran susu A2," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, dalam usaha mengembangkan perniagaan tenusunya, kumpulan itu sedang berusaha mendapatkan tanah baharu (berkeluasan 40.4 hektar) bagi mengembangkan saiz ternakannya.

 

Katanya, saiz ternakannya diangka mencecah 500 lembu menjelang akhir FY23 berbanding 300 lembu pada masa sekarang namun kumpulan itu menyasarkan dengan pengambilalihan tanah baharu, ternakan mereka akan mencecah 1,000 lembu.

 

"Bagaimanapun, perniagaan tenusu itu hanya akan menyumbang secara positif kepada kumpulan bermula FY25 dan ke hadapan," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) tidak berubah sebanyak 88 sen. - DagangNews.com