Pizza Hut Malaysia, Mamee Monster bekerjasama perkenal piza baharu Spicy Krunch | DagangNews Skip to main content

Pizza Hut Malaysia, Mamee Monster bekerjasama perkenal piza baharu Spicy Krunch

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 23 Mac - Pizza Hut Malaysia menawarkan piza serba baharu, Spicy Krunch menerusi kerjasama dengan salah satu snek paling ikonik negara, Mamee Monster. 

 

Tidak seperti hidangan piza lain, Spicy Krunch meletakkan rasa yang luar biasa dan nostalgia untuk satu-satunya pengalaman.

 

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, pihaknya benar-benar merasakan gabungan luar biasa kedua-dua jenama ini akan menjadi tumpuan orang ramai khususnya yang  menikmati berbuka puasa dan sambutan Hari Raya.

 

“Makanan adalah lebih daripada sekadar khasiat, ia adalah satu pengalaman dan piza bertujuan untuk dinikmati bersama-sama. 

 

"Inilah sebabnya di Pizza Hut, kami secara konsisten berusaha untuk menginovasi piza kami untuk membuat setiap hidangan untuk pelanggan kami yang tidak dapat dilupakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Piza Spicy Krunch menampilkan piza kerak yang didatangkan dengan bebola ayam yang rangup dan sos pedas istimewa, dihidangkan bersama mi snek Lada Hitam Mamee Monster yang istimewa.

 

 

pizza

 

 

pizza

 

 

Sama seperti Hari Raya setahun sekali, piza ini juga merupakan pengalaman sekali seumur hidup. Jangan terlepas tawaran Ramadan dan pesan sebelum 4.30 petang antara 22 Mac hingga 21 April 2023 untuk menikmati diskaun RM7.

 

 

pizza

 

 

Pesan sekarang melalui aplikasi Pizza Hut atau pergi ke restoran Pizza Hut berdekatan untuk makan-makan atau bawa pulang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my. - DagangNews.com