PLUS Malaysia: Gambar `kamera perangkap had laju bawah semua jambatan' adalah palsu | DagangNews Skip to main content

PLUS Malaysia: Gambar `kamera perangkap had laju bawah semua jambatan' adalah palsu


KUALA LUMPUR 15 Okt - PLUS Malaysia Berhad mengesahkan gambar yang tular kononnya kamera perangkap had laju dipasang di bawah semua jambatan Lebuh raya Utara-Selatan adalah palsu.

 

''PLUS  telah mengesan mesej yang menjadi tular semula oleh pihak tidak bertanggungjawab.

 

''Pihak PLUS ingin menasihatkan semua pengguna agar sentiasa berkongsi maklumat yang sahih dan tidak mudah percaya pada khabar angin dan mesej dari sumber tidak sah yang tular di media sosial,'' kata PLUS Malaysia.

 

plus


 

Dapatkan maklumat yang sahih dari laman rasmi atau berhubung terus dengan pihak PLUS (PLUSLine 1800-88-0000) untuk mendapat kepastian. - DagangNews.com