PM Anwar: Malaysia, Sri Lanka setuju kukuh hubungan dua hala dalam pelbagai sektor | DagangNews Skip to main content

PM Anwar: Malaysia, Sri Lanka setuju kukuh hubungan dua hala dalam pelbagai sektor

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pertemuan dengan Ranil Wickremesinghe di New York pada 21 September 2023. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Daripada D. Arul Rajoo

NEW YORK 21 Sept - Malaysia dan Sri Lanka bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelbagai sektor.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan semasa pertemuannya dengan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe di New York hari ini.

 

"Dalam mesyuarat, kami bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelbagai sektor untuk faedah bersama," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya selepas mesyuarat itu.

 

Ini termasuk pertukaran lawatan di peringkat tertinggi, sektor perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pelancongan dan kebudayaan serta pembangunan sumber manusia, kata Anwar yang kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

 

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata pertemuan itu juga memberi peluang kepada kedua-dua negara meneroka bidang kerjasama baharu dalam usaha memperkukuh kerjasama sedia ada, lapor Bernama.

 

"Semoga kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan Sri Lanka," kata Anwar.

 

 

anwar

 

 

Selain Wickremesinghe, Perdana Menteri juga mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi pada hari pertamanya di bandar raya itu.  - DagangNews.com