Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu tawar percutian mewah | DagangNews Skip to main content

Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu tawar percutian mewah

Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Platform penerbangan dan hotel AirAsia.com, SNAP menawarkan Promosi Istimewa  SNAP Hari Rabu pada harga terendah dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.com, Karen Chan berkata, promosi tersebut merupakan peluang keemasan kepada pelanggan untuk menikmati percutian mewah di AirAsia.com.

"Promosi ini dibuka untuk percutian bersama keluarga dan rakan-rakan dengan pakej penerbangan dan penginapan pada harga yang tiada tandingan.

"Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu akan berlangsung pada setiap hari Rabu dari jam 10 pagi hingga 2 petang (GMT+8) di laman web AirAsia.com dan aplikasi mudah alih kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Melalui promosi tersebut juga, AirAsia.com akan menampilkan resort mewah terpilih dengan tambang yang berpatutan.

Tawaran pertama pada 26 Ogos 2020 ini bakal menampilkan resort Vivanta by Taj - Rebak Island yang merupakan sebuah resort bertaraf lima bintang di Langkawi.

Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu

Pakej promosi itu adalah termasuk penerbangan pergi balik dan penginapan hotel selama tiga hari dua malam bermula hanya RM99 seorang.

Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu hanya tersedia untuk hotel yang telah ditentukan terhad mengikut bilik dan tempoh penginapan.

Sebarang tambahan pula akan dikenakan pada harga semasa dan tertakluk kepada terma dan syarat lain.

Tambah Chan, pihaknya berharap dengan usaha tersebut akan menyumbang kepada peningkatan pelancongan domestik dan memberikan pengalaman percutian pada harga berpatutan kepada rakyat Malaysia. 

"Kami memilih Langkami sebagai destinasi pada minggu ini, dan kami akan memperkenalkan tawaran yang sama di destinasi domestik lain tidak lama lagi," - DagangNews.com