Prospek pendapatan bagi sektor perbankan semakin positif | DagangNews Skip to main content

Prospek pendapatan bagi sektor perbankan semakin positif

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Jun - CGS-CIMB Research menjangkakan prospek pendapatan yang lebih cerah untuk bank pada 2QFY22F didorong oleh kitaran menaik bagi kadar dasar semalaman (OPR) yang akan membantu meningkatkan margin faedah bersah (NIM) sektor itu.

 

Firma itu berkata, jangkaan itu juga adalah berdasarkan dua bank iaitu AmBank dan Alliance Bank tidak lagi perlu membayar cukai makmur pada 2QFY22F.

 

"Menerusi perkara ini, kami menjangkakan keuntungan teras bank akan meningkat antara 3% hingga 9% bagi suku kedua tahun ini," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, walaupun pertumbuhan pendapatan terhenti pada 1QFY22, pendapatan tahunan kekal dengan unjuran pertumbuhan keuntungan teras sebanyak 4% pada 2022F.

 

Katanya, pemangkin pendapatan untuk sektor itu adalah penurunan 15.2% terhadap peruntukan pemulihan pinjaman (LLP) dan perkembangan 7.8% pendapatan faedah bersih yang disokong oleh kenaikan OPR.

 

"Kami menjangkakan Cukai Makmur akan merendahkan pendapatan teras bank bagi CY22 sebanyak 7% sekiranya Cukai Makmur tidak dikenakan, keuntungan teras akan menjadi lebih tinggi dengan jangkaan 11% pada 2022," katanya.

 

Dalam pada itu, risiko pinjaman akibat COVID-19 semakin menurun sejak pembukaan semula sektor ekonomi namun terdapat beberapa faktor dijangka wujud kesan daripada inflasi dan kenaikan kadar faedah yang mungkin memberi impak negatif kepada perkembangan bank.

 

Bagaimanapun, firma itu tidak berhasrat untuk melajukan perubahan terhadap unjuran yang dibuat kerana menjangkakan berlaku penurunan 5% terhadap perkembangan pinjaman meramalkan kenaikan dalam nisbah pinjaman terjejas kasar industri sehingga 2% pada Disember 2022.

 

"Kami mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor itu dengan menjangkakan trend pemulihan pendapatan berterusan," katanya. - DagangNews.com