KUALA LUMPUR 10 Mac - Public Investment Bank Research mengekalkan saranan 'overweight' terhadap minyak sawit mentah (MSM) selepas harganya mencecah paras RM8,000 bagi satu tan dan ia merupakan harga tetinggi yang pernah direkodkan.
Katanya, kebanyakan pakar industri mempunyai pandangan yang optimis terhadap prospek harga bagi 2022 walaupun pada masa sama menjangkakan harga bagi komoditi itu akan kembali stabil pada separuh kedua tahun ini.
Bagaimanapun, pakar industri, Dr. James Fry mempunyai pandangan berbeza dengan menyatakan harga MSM akan mencatatkan rekod baharu dengan harga RM8,100 bagi setiap tan dalam tempoh terdekat ini keranan kekurangan bekalan minyak makan dunia selain penurunan lebihan dagangan eksport akibat peperangan di Ukraine.
"Timbahan Pengerusi Gabungan Pengusaha Sawit Indonesia (Gapki), Togar Sitanggang melihat harga komoditi itu boleh mencecah RM9,330 satu tan dalam tempoh enam bulan ini .
"Bagaimanapun, Pengarah Antarabangsa Godrej, Dorab Mistry menjangkakan harga MSM akan jatuh pada separuh kedua akibat peningkatan kadar inflasi akibat krisis Rusia-Ukraine yang memberi kesan kepada permintaan global," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
BACA JUGA: Warga Felda raih pendapatan tinggi susulan lonjakan harga sawit - PM
BACA JUGA: DAKN 2030 pacu sektor agrikomoditi sebagai pemangkin ekonomi negara
BACA JUGA: Konflik Rusia-Ukraine mungkin kekalkan harga minyak sawit tinggi lebih lama
Firma penyelidikan itu berkata, jangkaan mengenai harga MSM itu dipengaruhi pelbagai faktor termasuk peperangan Rusia-Ukraine yang akan menjejaskan penghasilan Bunga Matahari dan jagung selain operasi di Pelabuhan Laut Hitam.
"Ia juga dipengaruhi oleh gangguan bekalan kacang soya dari Amerika Selatan dan juga isu kekurangan tenaga kerja di Malaysia selain perubahan peraturan dalam pasaran domestik," katanya. - DagangNews.com