Razali Ismail letak jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Cypark | DagangNews Skip to main content

Razali Ismail letak jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Cypark

Tan Sri Razali Ismail
Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 14 Julai - Cypark Resources Bhd berkata bekas pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail akan meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif berkuat kuasa 30 September.

 

Razali, 84, telah menyatakan hasratnya untuk berundur daripada jawatan itu sekali gus meletakkan jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Imbuhan, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

 

Sebelum ini, Razali dilantik semula sebagai Pengarah Eksekutif pada 6 Jun daripada jawatannya sebagai Pengerusi, yang telah diambil alih oleh Datuk Hamidah Moris.

 

Razali juga bukan lagi pemegang saham utama kumpulan itu pada Mei, dengan pegangan saham terakhir dilaporkan sebanyak 1.68%.

 

Dalam makluman berasingan, Cypark mengumumkan peletakan jawatan Headir Mahfidz, 57, sebagai Pengarah Bukan Bebas berkuat kuasa 12 Julai.

 

 

Headir Mahfidz
Headir Mahfidz

 

 

Menurut Cypark, perletakan jawatan itu adalah untuk menegakkan prinsip tadbir urus korporat yang baik dan selaras dengan semangat Amalan 5.3 Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia berkaitan sembilan tahun had penggal bagi Pengarah Bebas.

 

Pada waktu penulisan, saham Cypark susut 0.5 sen atau 0.6% pada 83.5 sen, memberikannya permodalan pasaran berjumlah RM653.1 juta.  - DagangNews.com