Rentas negeri dijangka akhir Oktober nanti | DagangNews Skip to main content

Rentas negeri dijangka akhir Oktober nanti

Rentas negeri

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 15 Jun - Peralihan kepada PKP Fasa 4 dijangka akan dapat dilaksanakan pada akhir Oktober nanti.

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, susulan itu, semua sektor ekonomi akan dibuka termasuk kebenaran perjalanan rentas negeri.

 

"Fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.

 

"Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat," katanya ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Negara hari ini.

 

Pelan berkenaan merupakan satu strategi peralihan keluar secara berfasa dari kemelut pendemik COVID-19.

 

.
 

 

 

Peralihan kepada Fasa 4 itu bagaimanapun hanya akan dilaksanakan sekiranya berjaya mencapai nilai ambang berikut;

  • Purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 500 kes
  • Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi
  • 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin

 

 

Tambah beliau lagi, fasa berkenaan dapat dilaksanakan apabila bilangan kes COVID -19 adalah rendah, sistem kesihatan awam di tahap selamat dan program vaksinasi telah mencapai tahap imuniti berkelompok atau herd immunity selewatnya pada akhir tahun ini. - DagangNews.com