RHB Investment optimis terhadap prospek Kossan didorong kunci kira-kira yang kukuh | DagangNews Skip to main content

RHB Investment optimis terhadap prospek Kossan didorong kunci kira-kira yang kukuh

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 30 Mac - RHB Investment optimis terhadap prospek Kossan Rubber Industries Berhad didorong kunci kira-kira yang kukuh.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu merupakan satu-satunya pembuat sarung tangan yang memberi dividen selain memiliki pendedahan kepada segmen perindustrian serta prospek yang menggalakkan pada separuh kedua 2023.

 

"Memandangkan bermulanya inisiatif lulus kos, kami mengekalkan panggilan terhadap kumpulan itu sementara menunggu permintaan pelanggan yang lebih konsisten," katanya dalam satu nota kajian.

 

Firma itu berkata, tempahan yang diterima kumpulan itu baru-baru ini agak tidak stabil kerana pelanggan masih enggan membuat pesanan yang banyak.

 

Katanya, eksport sarung tangan getah Malaysia merosot 14% dari bulan ke bulan kepada 39,479.6 tan pada Januari 2023 berikutan lonjakan 11% pada Disember 2022.

 

Firma itu berkata, pemain industri masih tidak dapat memastikan masa aktiviti penurangan stok daripada pengedar sarung tangan.

 

"Kami mendapati bahawa yang terakhir menjangkakan tahap inventori akan berkurangan dalam tempoh enam bulan akan datang. 

 

"Kami mengekalkan sasaran permintaan akhir tahun 2023 kepada 415 bilion keping," katanya.

 

Firma itu menyemak turun unjuran bekalan industri 2023 kepada 397 bilion daripada 430 bilion dengan mengandaikan bahawa pembuat sarung tangan menghentikan barisan pengeluaran.

 

"Kami percaya pendekatan berdisiplin dalam mentauliahkan barisan pengeluaran baharu boleh menyeimbangkan keuntungan pembuat sarung tangan dengan mengambil kira kadar penggunaan industri rendah semasa iaitu 30% hingga 40%," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'neutral' dengan harga sasaran (TP) RM1.40. - DagangNews.com