RHB Research jangka berlaku gelombang baharu pemulihan perniagaan | DagangNews Skip to main content

RHB Research jangka berlaku gelombang baharu pemulihan perniagaan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Mac - RHB Rsearch menjangkakan berlaku gelombang pemulihan baharu bagi perniagaan dan pengguna selepas mengambil kira kadar pemberian vaksin yang tinggi yang mendorong keajaan untuk mencapai fasa endemik.

 

Firma penyelidikan itu bagaimanapun melihat, peningkatan kos dan kekurangan tenaga kerja menjadi halangan terbesar buat setiap perniagaan dengan mereka perlu memberi penekanan kepada kecekapan pengurusan kos bagi menangani cabaran itu.

 

"Pemulihan perbelanjaan pengguna pada FY22 adalah disokong oleh langkah kawalan COVID-19 yang berkesan oleh kerajaan.

 

"Pada masa sama kami menjangkakan lebih banyak pelepasan kos akan dilaksanakan selepas melihat peningkatan harga komoditi dan kos operasi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, antara syarikat yang menunjukkan keputusan yang cemerlang bagi 4Q21 adalah British American Tobacco, AEON, Berjaya Food dan Padini manakala syarikat pembekal makanan seperti Leong Hup Internantional, Nestle, Power Root dan QL Resources meraih keputusan yang agak mengecewakan.

 

"Kegagalan itu kebanyakannya hadir daripada syarikat large-cap dengan kami menjangkakan keputusan bagi 4Q adalah di bawah jangkaan.

 

"Ia adalah berpunca daripada peningkatan ketara dari segi harga komoditi di peringkat global yang diburukkan lagi oleh kos pengangkutan yang lebih tinggi berikutan kekurangan kontena dan kenaikan harga minyak," katanya.

 

Firma penyelidikan itu kekal 'neutral' dengan prospek barangan pengguna dengan syarikat small cap dan medium cap menawarkan peluang pelaburan yang menarik menerusi rancangan perkembangan perniagaan yang menjanjikan pulangan lebih menarik.

 

"Selepas mengambil kira semua faktor, pasaran saham large-cap masih didagangkan dengan modal yang besar dan pelabur tidak memiliki banyak pilihan," katanya. - DagangNews.com