Ringgit dibuka tinggi sedikit pagi ini | DagangNews Skip to main content

Ringgit dibuka tinggi sedikit pagi ini

 

 

KUALA LUMPUR 7 Mei - Ringgit mengukuh dalam dagangan pagi ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dibuka pada RM4.1190/1240, tinggi sedikit daripada penutupan semalam, RM4.1200/1240.

 

HLIB Research mengekalkan dagangan neutral terhadap ringgit dengan julat dagangan antara RM4.10 hingga RM4.14. 

 

Katanya, pendirian Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengekalkan kadar faedah dalam mesyuaratnya semalam dilihat gagal menyokong pergerakan ringgit. 

 

"Ini kerana dagangan mata wang itu kini lebih cenderung dipacu oleh dolar AS menjelang laporan data pekerjaan di AS," katanya dalam nota kajian hari ini. 

 

BNM menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) semalam membuat keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), yang menjadi rujukan kadar faedah pinjaman tempatan pada 1.75%. - DagangNews.com