Ringgit lemah dalam dagangan pagi | DagangNews Skip to main content

Ringgit lemah dalam dagangan pagi

 


KUALA LUMPUR 8 April - Ringgit dibuka rendah pagi ini pada RM4.1350/1390 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

 

Semalam, mata wang tempatan ditutup tidak berubah pada RM4.1300/1330 daripada penutupan Rabu, di tengah-tengah antara pesaing hasil AS yang semakin mereda dan harga minyak yang rendah.

 

HLIB Research berkata, kenaikan dolar AS semalaman akan mendorong pergerakan yang lebih neutral dengan ringgit berada dalam julat RM4.13 hingga RM4.14. 

 

Katanya, mata wang utama itu kembali meningkat pada sesi Rabu sejajar dengan kenaikan hasil perbendaharaan AS.

 

"Tumpuan kini diberikan kepada data pekerjaan AS dan panel perbincangan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang disertai Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell," katanya dalam nota kajian hari ini.

 

IMF semalam, mengekalkan unjuran pertumbuhan global pada 6% tahun ini berbanding 5.5% sebelum ini dengan sebahagian besarnya merujuk kepada pemulihan ekonomi AS dan perbelanjaan awam- DagangNews.com