Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$108.6 bilion | DagangNews Skip to main content

Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$108.6 bilion

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 7 April - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menyusut AS$0.6 bilion kepada AS$108.6 bilion setakat 31 Mac 2021. 

 

Nilai itu berkurangan daripada AS$109.2 bilion yang dicatatkan pada 15 Mac lalu.

 

Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing. 

 

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” kata BNM dalam sebuah kenyataan hari ini. 

 

Berdasarkan jadual aset dan liabiliti yang disertakan dengan kenyataan itu, antara kesemua komponen rizab antarabangsa, rizab mata wang asing mencatatkan nilai tertinggi iaitu AS$100.9 bilion.

 

Ini diikuti oleh lain-lain aset rizab bernilai AS$3.0 bilion, namun menyusut daripada nilai yang dicatatkan pada 15 Mac lalu, AS$4.5 bilion. 

 

Sementara itu, emas juga menyusut kepada AS$2.1 bilion daripada AS$2.4 bilion bagi perbandingan tempoh sama.

 

Komponen kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut menunjukkan penurunan kepada AS$1.4 bilion daripada AS$1.5 bilion.

 

Sebaliknya, rizab antarabangsa Malaysia menyaksikan hak pengeluaran khas (SDR) kekal kepada AS$1.2 bilion. - DagangNews.com