Rizab BNM setakat 30 Jun meningkat AS$111.1 bilion | DagangNews Skip to main content

Rizab BNM setakat 30 Jun meningkat AS$111.1 bilion

 

 

KUALA LUMPUR 7 Julai - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$111.1 bilion pada 30 Jun daripada AS$111.0 bilion pada 15 Jun 2021.

 

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

Katanya, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$103.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$2.2 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.0 bilion).

 

Aset-aset itu  terdiri daripada emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM461.56 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia(RM11.43 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.03 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM20.37 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta asetaset lain (RM16.31 bilion).

 

Menurut BNM, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM180.67 bilion), mata wang dalam edaran (RM141.15 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM142 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM21.76  bilion), lain-lain deposit (RM9.30 bilion), kertas Bank Negara (RM9.14  bilion), peruntukan SDR ((RM7.98 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM4.76 bilion). - DagangNews.com