Saham Kucingko dibuka 168% lebih tinggi pada 80.5 sen pada penampilan sulung di Pasaran ACE | DagangNews Skip to main content

Saham Kucingko dibuka 168% lebih tinggi pada 80.5 sen pada penampilan sulung di Pasaran ACE

Oleh M. HERMAN HAMID


KUALA LUMPUR 26 Julai - Saham dalam Kucingko Berhad melonjak 168% semasa penampilan sulung dagangan saham itu pada hari ini, selepas penyedia perkhidmatan animasi 2D itu memperoleh RM60 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO).

 

Kaunter Kucingko dibuka pada 80.5 sen di Pasaran ACE Bursa Malaysia, lonjakan daripada harga IPOnya sebanyak 30 sen sesaham, dengan jumlah dagangan sebanyak 13.45 juta saham.

 

Pada loceng pembukaan, saham itu menambah hampir RM253 juta, di samping permodalan pasarannya sebanyak RM150 juta yang tersirat oleh harga IPO. 

 

Kaunter itu menyaksikan permintaan tinggi daripada pelabur, kerana IPO terlebih langgan sebanyak 99.02 kali. 

 

Kucingko akan memperuntukkan sejumlah RM17.8 juta bagi tujuan pembesaran kapasiti, termasuk RM11.9 juta untuk penubuhan pejabat cawangan pengeluaran di Malaysia Timur.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Tawaran Awam Permulaan Kucingko terlebih langganan 99.02 kali

 

Selain itu mereka akan menggunakan sejumlah RM4.4 juta bagi menubuhkan pejabat jualan di Amerika Syarikat (AS), sejumlah RM4.3 juta akan disediakan untuk modal kerja dan baki RM3.6 juta digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.

 

Syarikat itu menghasilkan animasi 2D untuk siri animasi dan filem pendek animasi, telah menyempurnakan 59 projek bernilai RM63.22 juta secara keseluruhan dari 2020 hingga Jun 2023, dengan kandungan hampir 77 jam.

 

IPO itu juga menawarkan 100 juta saham sedia ada melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih, yang memperoleh kutipan RM30 juta lagi, yang diserahkan sepenuhnya kepada sekumpulan pemegang saham jualan.

 

Kenanga Investment Bank Bhd ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk IPO syarikat. - DagangNews.com