Selepas menyertai Computer Forms, Datuk Rahim Suboh turut dilantik sebagai Pengarah BCM Alliance | DagangNews Skip to main content

Selepas menyertai Computer Forms, Datuk Rahim Suboh turut dilantik sebagai Pengarah BCM Alliance

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 Julai - Selepas menyertai lembaga penyedia perkhidmatan percetakan dan pembungkusan, Computer Forms (M) Bhd sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutifnya pada 4 Julai 2023, Datuk Rahim Suboh juga telah dilantik ke jawatan sama dalam pembekal peralatan perubatan dan peralatan dobi, BCM Alliance Bhd.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, BCM Alliance berkata, pelantikan Rahim, 64, akan berkuat kuasa serta merta.

 

"Kerjaya Rahim menjangkau lebih 40 tahun merentasi pelbagai industri termasuk perbankan dan kewangan, operasi pengangkutan, mekanikal dan elektrikal, kereta, perdagangan, telekomunikasi, pembinaan dan landskap, pembangunan hartanah dan pertukaran mata wang asing," katanya.

 

Beliau juga berkhidmat sebagai Pengarah ACE Money Exchange Sdn Bhd, Pengarah Bebas ACE Investment Bank Ltd, Pengarah Timbunan Pelangi (M) Sdn Bhd dan Nik Hussain Holdings Sdn Bhd, serta penasihat kepada lembaga pengarah Auto Mastercop Sdn Bhd.

 

BACA JUGA: Computer Forms melantik Rahim Suboh dari ACE Group sebagai pengarah

 

ACE Money Exchange dimiliki 25% oleh ACE Credit (M) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh ACE Holdings Sdn Bhd, manakala ACE Investment Bank Ltd ialah bank pelaburan berlesen di bawah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, yang ditubuhkan oleh ACE Holdings. - DagangNews.com