Sesi 2 'Seminar Bina Bisnes Berjaya 2021' bermula Sabtu ini | DagangNews Skip to main content

Sesi 2 'Seminar Bina Bisnes Berjaya 2021' bermula Sabtu ini

Seminar Bina Bisnes Berjaya 2021 Sesi 2

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Richworks International Sdn. Bhd. (Richworks) membuka tirai Sesi 2 Seminar Bina Bisnes Berjaya 2021 yang merupakan sebuah platform perintis bagi penyediaan ilmu, latihan dan bimbingan kepada usahawan bermula hujung minggu ini.

 

Seminar tersebut sekali gus membantu usahawan untuk bangkit mengatasi impak COVID-19 dan pada masa yang sama membina bisnes yang berjaya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Timbalan Naib Presiden Kanan Richworks, Radz Mohd. berkata, matlamat utama pihaknya adalah untuk memupuk semangat keusahawanan dan menggalakkan daya kemampuan perniagaan. 

 

.

 

"Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kami untuk membantu mendorong ekonomi dan memastikan pembangunan sosioekonomi inklusif dan bermakna. 

 

"Maka, kerana itulah tema Seminar Bina Bisnes Berjaya ini berpaksikan pada kebangkitan perniagaan pasca COVID-19," katanya dalam satu kenyataan.

 

.

 

Seminar Bina Bisnes Berjaya dilangsungkan secara percuma pada setiap hujung minggu iaitu pada Sabtu sepanjang bulan Februari hingga Mac 2021, pukul 9 pagi hingga 10 malam di aplikasi Zoom.

 

Bagi rekod RichWorks pada tahun 2020, pihaknya berjaya membantu bantu lebih 400,000 peserta melalui pelbagai program yang dianjurkan. 

 

Jelas beliau, musim PKP bukanlah penghalang untuk RichWorks terus membimbing usahawan-usahawan dan peniaga.

 

Memahami impak PKP 2.0 kepada usahawan dan peniaga,  RichWorks sekali lagi melancarkan program untuk membantu rakyat Malaysia dengan pelancaran Seminar Bina Bisnes Berjaya 2021.

 

.

 

Dalam seminar pertama yang dilangsungkan pada 30 Januari hingga 1 Februari 2021 baru-baru ini, RichWorks menerima sambutan hampir 46,000 pendaftaran dalam tempoh satu minggu dari tarikh pelancaran. 

 

"Pada minggu ini, RichWorks menyasarkan lebih 35,000 peserta bakal mendaftar untuk menyertai Bina Bisnes Berjaya. 

 

"Semoga niat dan usaha untuk bantu lebih ramai rakyat Malaysia ini dapat memberikan manfaat serta membawa peningkatan hidup yang lebih baik terutamanya buat para peserta, peniaga dan usahawan yang tengah stuck dalam perniagaan kerana bisnes tak jalan. 

 

"Bagi mereka yang memilih untuk mulakan perniagaan, atau yang dah berniaga tapi bisnes masih stuck, Seminar Bina Bisnes Berjaya adalah permulaan terbaik untuk anda," ujarnya lagi. - DagangNews.com