Singapore Airlines sasar dana S$6.2 bilion menerusi MCB | DagangNews Skip to main content

Singapore Airlines sasar dana S$6.2 bilion menerusi MCB

 

SINGAPURA 20 Mei - Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak S$6.2 bilion menerusi penerbitan trance kedua bon boleh tukar mandatori atau Mandatory Convertible Bonds (MCB).

 

Terma bagi tranche kedua MCB tersebut telah diluluslakan oleh pemegang saham pada mesyuarat agung tahunan luar biasa (EGM) pada 30 April 2020, dan diperbaharui pada mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 27 Julai 2020.

 

Pemegang saham yang layak akan ditawarkan secara pro-rata hak melanggan kepada 209 MCB bagi setiap 100 saham sedia ada yang mereka miliki sehingga tarikh 28 Mei ini, menurut The Edge Singapore.

 

“Kecairan yang akan kita jana menerusbi MCB akan meneguhkan lagi kedudukan kewanga kita pada masa tidak menentu ini, dan memberikan sumber-sumber tersebut untuk menjadikan SIA Group tumbuh dan ada kepimpinan," kata pengerusi SIA, Peter Seah.

 

"Kami telah berusaha kuat untuk mengekalkan dan mempersiapkan pekerja berbakat kita untuk terus memberikan perkhidmatan berkelas dunia yang SIA diperakui ramai. Kami akan terus memodenkan barisan pesawat kami dengan generasi baru pesawat yang membolehkan kami memberi keselesaan lebih lagi dan produk inovatif kepada pelanggan, serta memacu kecekapan operasi dan mengurangkan pelepasan karbon," ujarnya.

 

SIA sebelum ini mahu menjana sehingga S$15 bilion menerusi penerbitan hak saham baharu renounceable syarikat dan juga MCB.

 

Terbitan hak saham itu dilanggan sepenuhnya oleh pemegang saham yang layak, tetapi MCB kurang mendapat sambutan ketika itu.

 

Pengumuman ini adalah susulan laporan kewangan SIA yang mencatat kerugian bersih sebanyak S$803.7 juta bagi 3Q 2021 berakhir Mac, meningkatkan kerugian sebanyak S$417.6 juta yang dicatat pada 4Q 2020.

 

Menyifatkan tahun ini sebagai paling mencabar dalam sejarahnya, kerugian bagi suku tahunan itu membawa jumlah keseluruhan kerugian bersih SIA bagi FY2020/2021 kepada A$4.27 bilion, berbanding kerugian bersih S$212 juta bagi FY2019/2020.

 

Ia berpunca daripada prestasi operasi lemah sepanjang tahun dan caj pembayaran balik bukan tunai, termasuk caj S$1.44 bilion direkodkan pada 1HFY2020/2021 ke atas 33 pesawat yang dianggap surplus kepada keperluan, selain sejumlah S$48 juta pembayaran balik daripada SIA Engineering Company (SIAEC). - DagangNews.com