Siswa UPM rangkul 7 anugerah di peringkat antarabangsa | DagangNews Skip to main content

Siswa UPM rangkul 7 anugerah di peringkat antarabangsa

KUALA LUMPUR 28 Mei – Empat projek inovasi mahasiswa Universiti Putra Malaysia berjaya merangkul pelbagai anugerah di 17thInternational Invention and Innovation Show (INTARG 17) anjuran Kementerian Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Poland.

 

UPM dalam satu kenyataan berkata, projek inovasi sosial bertajuk “e-Rodong: A Mobile App Fostering Peer Support for Shared Wellbeing” yang dibentangkan oleh pelajar sarjana dalam bidang Doktor Falsafah, Mohd Ziyad Afiq Mohd Zaharim telah berjaya merangkul tiga anugerah iaitu Pingat Platinum, Pingat Emas dan Pingat Perak.

 

Manakala Projek Pertanian Tanpa Cangkul yang dibentangkan oleh pelajar Bacelor dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Adibnur Faaezah Abd Razak meraih dua anugerah iaitu Pingat Emas dan Pingat Inovasi Terbaik yang dianugerahkan oleh The First Institute of Researchers and Inventors in Iran.

 

 

UPM

 

UPM

 

UPM

 

 

Dua lagi Pingat Perak pula diraih melalui dua lagi projek yang dibentangkan oleh pelajar Fakulti Pertanian Muhammad Ikram Marozan daripada Bachelor Sains Pengurusan Perladangan dengan inovasi beliau bertajuk “Extending Cassava Shelf Life through Tapai Maromaro under Fermentation: A Sustainable Food Innovation for Malaysian Markets”.

 

Pelajar sarjana dalam bidang Doktor Falsafah,  Ts. Rohana Mydin dengan inovasi yang bertajuk “Securing Web Application: Detecting and Mitigating Second Order SQL Injection witg Prepared Statements”.

 

INTARG merupakan sebuah pertandingan reka cipta antarabangsa dan pameran inovasi tentang teknologi baharu, produk, perkhidmatan dan solusi untuk industri, sosial, persekitaran, kesihatan, ubat-ubatan dan kehidupan harian.

 

Program yang diadakan di Katowice International Congress Centre, Poland berlangsung pada 21 - 23 Mei 2024 dan disertai oleh 33 buah negara dari seluruh dunia.

 

"Pemerkasaan akademik dan penyelidikan mahasiswa telah berjaya dibuktikan melalui penglibatan para pelajar UPM secara holistik dan menatijahkanya dalam bentuk kejayaan merangkul 7 pingat di persada antarabangsa," kata UPM. - DagangNews.com