Sunway raih 9 anugerah kategori industri Talentbank Graduate Choice Awards 2023 | DagangNews Skip to main content

Sunway raih 9 anugerah kategori industri Talentbank Graduate Choice Awards 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 6 Jan - Sunway merangkul lima kedudukan teratas dalam sembilan kategori industri pada Talentbank Graduate Choice Awards 2023, baru-baru ini.

 

Daripada sembilan kategori itu, Sunway menduduki tempat pertama dalam lima kategori, iaitu Pemaju Hartanah, Pengurusan Fasiliti, Pembinaan, Hiburan & Riadah, dan Pendidikan Tinggi Swasta. 

 

Selain itu, kumpulan mendapat tempat kedua dalam kategori Pusat Beli-belah, Hotel dan Penjagaan Kesihatan dan menduduki tempat keempat dalam kategori Pusat Konvensyen. 

 

Ini menandakan peningkatan keseluruhan daripada pencapaian tahun lepas di anugerah tersebut yang mana Sunway membawa pulang lapan anugerah.

 

Sunway juga diiktiraf antara 25 pemenang keseluruhan terbaik dalam kategori Majikan Siswazah Paling Diutamakan Untuk Bekerja pada tahun 2023. Ini menandakan kemasukan pertama Sunway dalam senarai ini sejak anugerah dimulakan.

 

Pencapaian ini menggambarkan kecemerlangan Sunway merentasi pelbagai disiplin, menawarkan keyakinan kepada graduan baharu untuk menjadikan Sunway sebagai pilihan utama tempat kerja mereka. 

 

Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan Sunway, Foo Shiang Wyne berkata, ia adalah peningkatan yang sangat baik untuk Sunway berbanding dengan anugerah tahun lepas kerana mencapai kedudukan tinggi dalam sembilan kategori. 

 

 

sunway
                                   Foo Shiang Wyne

 

 

"Semua ini adalah mungkin kerana Sunway berjaya dan berterusan menyediakan budaya korporat yang sihat untuk semua pekerjanya dengan menerapkan nilai teras di tempat kerja.

 

"Tambahan pula, kami sentiasa mencari cara untuk menambah baik dan mengiktiraf pencapaian kakitangan kami dengan lebih baik, dengan itu membina persekitaran tempat kerja lebih baik di mana pekerja gembira untuk bekerja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Sebelum ini, Sunway muncul sebagai konglomerat Malaysia pertama yang memenangi tiga daripada 12 anugerah penarafan Majikan Terbaik di Aon Best Employers Malaysia 2018. 

 

Sunway juga merupakan satu-satunya syarikat swasta tempatan yang mendapat tempat sebagai salah satu daripada 10 majikan paling menarik dalam Malaysia, seperti yang dinilai oleh Randstad Malaysia. 

 

Pada Disember 2021, syarikat itu juga memenangi tempat kedua sebagai salah satu majikan paling mampan di Malaysia, menurut Indeks Majikan Lestari (SEI) oleh Pusat Penyelidikan Majikan Lestari. - DagangNews.com