Syarikat fintech, BayaPay raih pelaburan strategik daripada Winacore Capital | DagangNews Skip to main content

Syarikat fintech, BayaPay raih pelaburan strategik daripada Winacore Capital

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Okt - Winacore Capital, sebuah dana modal teroka peringkat awal mengumumkan pelaburan kewangan dalam jumlah yang tidak didedahkan ke dalam BayaPay iaitu sebuah syarikat pemula teknologi kewangan (fintech) bagi perbelanjaan Fleet Fuel yang berpangkalan di Malaysia. 

 

BayaFuel merupakan platform yang digunakan untuk pembelian bahan api merentasi semua jenama petrol dan semua perbelanjaan yang menerima penggunaan Visa dan Mastercard.

 

Menerusi BayaFuel, pengendali kenderaan komersial boleh menjimatkan sekurang-kurangnya 20% kos bahan api.

 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BayaPay, KK Low berkata, pihaknya berbesar hati dengan kehadiran Winacore Capital sebagai pelabur strategik bagi menyokong pelan perkembangan masa hadapan mereka.

 

"Kami juga melancarkan pembayaran dan penyelesaian pengurusan Fleet Fuel iaitu kad BayaFuel yang boleh digunakan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk pembelian bahan api selain perbelanjaan melibatkan kenderaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

bayapay

 


Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Pelaburan Winacore Capital, Ashwin Chockalingam berkata, pihaknya teruja dengan rancangan perniagaan serta visi BayaPay.

 

"Kami tiada sebarang keraguan bahawa BayaPay akan berjaya dan kami tidak sabar untuk menantikan pelancarannya di dalam pasaran," katanya.

 

bayar
Pengasas dan Pengarah Pelaburan Winacore Capital, Ashwin Chockalingam (kiri) bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BayaPay, KK Low.

 

BayaPay kini sedang berusaha untuk mengumpul dana sehingga RM3 juta dan dalam tempoh seminggu pelancaran kutipan dana, mereka berjaya mendapatkan dana awal sebanyak RM500,000. 

 

Dana yang dikumpul sebahagian besarnya akan digunakan untuk melengkapkan dan melancarkan kad pembayaran Fleet Fuel pergi ke pasaran menjelang 1QFY23. - DagangNews.com