Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM | DagangNews Skip to main content

Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM

Tan Sri Azam Baki
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 10 Mei - Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2023.

 

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi kenyataan hari ini.

 

Katanya, pelantikan semula Azam telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

"Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

 

"Pelantikan itu adalah untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2023," katanya.

 

Untuk rekod, Azam telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 bagi menggantikan Latheefa Beebi Koya. 

 

Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM selama empat tahun bermula 2016, selain menyandang jawatan Pengarah Perisikan dan Pengarah Siasatan. - DagangNews.com