Tan Sri Halim Saad saman Dr Mahathir dan Nor Mohamed Yakcop bagi menuntut pampasan kerugian Renong, UEM | DagangNews Skip to main content

Tan Sri Halim Saad saman Dr Mahathir dan Nor Mohamed Yakcop bagi menuntut pampasan kerugian Renong, UEM

Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Tokoh korporat, Tan Sri Halim Saad memfailkan saman sivil terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, untuk menuntut pampasan kerugian kewangan yang dialaminya berhubung pengambilalihan kerajaan terhadap United Engineers Malaysia (UEM) Bhd dan Renong Bhd.

 

Dalam tuntutan sivil yang difailkan pada 2 Ogos di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, Halim menyaman kedua-dua individu itu serta kerajaan Malaysia.

 

Halim mendakwa, arahan yang diberikan Dr Mahathir dan Nor Mohamed sebelum ini berhubung UEM telah menyebabkan hak perlembagaannya dilanggar.

 

"Tindakan kolektif dan bersepadu defendan menyebabkan saya kehilangan kawalan ke atas Renong yang juga bermakna kehilangan kawalan tidak langsung ke atas UEM dan termasuk asetnya yang sangat bernilai tetapi tidak terhad kepada Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Elite Expressway, Laluan Kedua Malaysia (Linkedua), Intria Bina Sdn Bhd, Ho Hup Construction Sdn Bhd, Pharmaniaga Berhad dan Kualiti Alam Sdn Bhd amongst others.

 

"Saya mengalami kerugian kewangan akibat tindakan langsung defendan yang merupakan pelanggaran hak perlembagaan saya di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam media di sini.

 

Dalam tuntutan mahkamah yang difailkan bagi pihak Halim oleh firma guaman Malik Imtiaz Sarwar, ahli perniagaan itu memohon beberapa perintah mahkamah, termasuk supaya kerajaan membayar pampasan kepadanya berhubung haknya sebagai pemegang saham kawalan Renong dan dengan jumlah pampasan yang akan dinilai oleh Mahkamah Tinggi dan wang yang perlu dibayar dalam tempoh 14 hari dari jumlah yang ditentukan, lapor Malay Mail.

 

 

halim
Tan Sri Halim Saad

 

 

Semakan Malay Mail terhadap penyenaraian mahkamah dalam talian menunjukkan bahawa tuntutan mahkamah Halim muncul untuk pengurusan kes hari ini di Mahkamah Tinggi, dan dijadualkan untuk pengurusan kes pada 13 September. - DagangNews.com