AWC terima kontrak RM9.44 juta daripada JKR bagi perkhidmatan penyelenggaraan di Kompleks ICQS Sungai Melaka | DagangNews Skip to main content

AWC terima kontrak RM9.44 juta daripada JKR bagi perkhidmatan penyelenggaraan di Kompleks ICQS Sungai Melaka

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Okt - AWC Bhd menerusi Ambang Wira Facilities Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM9.44 juta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan kemudahan di Komplek Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Melaka.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu adalah untuk tempoh 60 bulan bermuka 1 November 2024 hingga 31 Oktober 2029.

 

"Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan sepanjang tempoh kontrak," katanya.

 

Katanya, potensi risiko yang terlibat dalam kontrak itu dianggap sebagai risiko operasi biasa dan adalah sama dengan semua projek penyelenggaraan yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

 

Tiada pengarah, pemegang saham utama AWC dan/atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak itu. - DagangNews.com