Ringgit dijangka kukuh jika Kamala Harris dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat - Allianz | DagangNews Skip to main content

Ringgit dijangka kukuh jika Kamala Harris dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat - Allianz

Gambar hiasan NAIM AZIZ/Dagangnews
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 24 Okt - Ringgit dijangka mengukuh sebanyak 5% jika Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) sekarang, Kamala Harris dipilih sebagai Presiden AS sebelum akhir tahun, kata ketua ekonomi Allianz SE Ludovic Subran.

 

Beliau berkata, pilihan raya AS 2024 yang dijadualkan pada 5 November 2024 itu akan menentukan kedua-dua Presiden dan Naib Presiden.

 

"Kadar pertukaran sangat tidak menentu dan saya percaya nilai dolar AS akan menjadi lebih kukuh di bawah pemilihan semula bekas presiden AS Donald Trump, manakala ia akan menjadi lebih lemah jika Harris dipilih.

 

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/mNiiMSjhtUM.jpg?itok=ig3Yv9GV","video_url":"https://youtu.be/mNiiMSjhtUM","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

 

"Nilai ringgit dijangka menyusut sebanyak 5% sehingga 10% pada 2025 jika Trump dipilih semula. 

 

"Jika Harris dipilih sebagai presiden, nilai ringgit akan susut kira-kira 2% hingga 3%. Angka-angka ini adalah unjuran untuk penghujung tahun. 

 

"Bagaimanapun, saya masih berpendapat kelemahan yang kami mengenengahkan dari segi pelarasan dan faktor lain masih menimbulkan sedikit tekanan terhadap ringgit," katanya 

 

"Ringgit tidak dinilai terlalu tinggi tetapi isu sebenarnya ialah masalah luaran,” katanya.

 

Subran berkata, keperluan Malaysia untuk mendapat modal luar bagi memacu pertumbuhan adalah penting.

 

“Saya tetap optimis dan percaya penurunan nilai ringgit susut 2% hingga 3% di bawah Harris boleh dicapai.

 

"Terdapat peluang baik ringgit mungkin meningkat dalam jangka pendek dan kekal stabil menjelang akhir 2025. Kebimbangan utama ialah Trump kerana kepimpinannya boleh membawa kepada penurunan nilai selanjutnya," katanya. - DagangNews.com