Malaysia Marine and Heavy Engineering catat untung bersih RM15.27 juta pada 3QFY24  | DagangNews Skip to main content

Malaysia Marine and Heavy Engineering catat untung bersih RM15.27 juta pada 3QFY24 

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 13 Nov - Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd mencatat keuntungan bersih bagi tiga bulan berakhir 30 Sept 2024 (3QFY24) pada RM15.27 juta. 

 

Kumpulan itu, dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, ia mengalami kerugian RM105.21 juta pada 3QFY23 akibat peruntukan kos yang lebih tinggi dalam segmen kejuruteraan beratnya.

 

Hasil bagi suku tersebut melonjak 42% tahun ke tahun (YoY) kepada RM906.46 juta. 

 

Syarikat itu tidak mengisytiharkan sebarang dividen bagi suku tersebut.

 

MHB berkata, bagi segmen kejuruteraan berat, perbelanjaan  modal huluan dijangka kekal stabil di tengah-tengah kebimbangan keselamatan tenaga yang berterusan dan konflik geopolitik.

 

"Sementara itu, segmen marinnya mungkin terjejas oleh penangguhan dok kering bagi memenuhi permintaan pada musim sejuk yang akan datang.

 

"Selain itu, persaingan sengit akan berterusan dengan syarikat marin China dan kawasan jiran," katanya. - DagangNews.com