MBSB perkenal kempen kadar baharu individu dan PKS, sedia rumusan kewangan kompetitif | DagangNews Skip to main content

MBSB perkenal kempen kadar baharu individu dan PKS, sedia rumusan kewangan kompetitif

Oleh Shamsiah Zulkafli

PETALING JAYA 8 Okt - MBSB Bank Berhad mengumumkan kadar kempen terbaharunya, menawarkan penyelesaian kewangan yang kompetitif untuk pelanggan individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). 

 

Bank itu terus komited dalam menyediakan produk kewangan yang bernilai tinggi dan mematuhi syariah, memastikan pelanggan mencapai matlamat kewangan mereka dengan pulangan yang lebih baik.

 

Untuk pelanggan individu, Akaun Simpanan Tiered-i (Peak Saver) menawarkan kadar keuntungan sebanyak 0.50% setahun untuk baki sehingga RM10,000, dan 2.80% setahun untuk baki melebihi RM10,000. 

 

Kempen tersebut yang tersedia dari 1 April 2024 hingga 31 Mac 2025, direka untuk memberi manfaat kepada penabung kecil dan penyimpan yang lebih besar, menawarkan fleksibiliti sambil memaksimumkan keuntungan.

 

Selain itu, akaun Deposit-i, yang ideal untuk mereka yang mencari pelaburan jangka pendek hingga sederhana yang selamat, menawarkan kadar 3.70% setahun untuk tempoh 6 bulan dan 4.00% setahun untuk tempoh 12 bulan. 

 

Kempen terbabit memerlukan deposit minimum sebanyak RM10,000 dan berlangsung dari 2 September hingga 31 Disember 2024.

 

Bagi pelanggan PKS, MBSB memperkenalkan Akaun Perniagaan Utama (Akaun Semasa) dengan struktur keuntungan berperingkat. 

 

Akaun itu menawarkan 1.80% setahun untuk baki di bawah RM50,000, 2.50% setahun untuk baki melebihi RM50,000, dan 2.80% setahun untuk baki di atas RM500,001. 

 

Tersedia dari 26 Ogos 2024 hingga 26 Ogos 2025, produk berkenaan membantu pemilik perniagaan mengurus aliran tunai dengan cekap sambil menghasilkan pulangan yang menguntungkan.

 

Selanjutnya, akaun Deposit-i Utama untuk PKS memberikan pulangan yang lebih tinggi, menawarkan 3.80% setahun untuk tempoh 6 bulan dan 4.00% setahun untuk tempoh 12 bulan, dengan deposit minimum sebanyak RM10,000. 

 

Kempen itu juga berlangsung sehingga 26 Ogos 2025.

 

Melalui tawaran tersebut, MBSB menegaskan komitmennya untuk mencipta nilai bagi pelanggan individu dan perniagaan dengan menyediakan penyelesaian kewangan yang disesuaikan, inovatif dan selamat.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen terkini MBSB Bank, sila lawati www.mbsbbank.com atau hubungi cawangan terdekat. - DagangNews.com