Tidak ramai orang ke kaunter pembayaran saman PDRM di Jelajah AKM Selangor | DagangNews Skip to main content

Tidak ramai orang ke kaunter pembayaran saman PDRM di Jelajah AKM Selangor

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

SHAH ALAM 20 Ogos - Kehadiran orang ramai di kaunter pembayaran saman Polis Diraja Malaysia yang diadakan bersempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Selangor di Perkarangan Stadium Shah Alam, tidak ramai seperti yang dijangkakan.

 

Menerusi kaunter itu, PDRM menyediakan potongan harga sehingga 50% untuk sesetengah saman kepada orang ramai.

 

Bagaimanapun, kedudukan kaunter PDRM yang agak tersorok menyebabkan orang ramai seperti tidak sedar tetang kewujudan kaunter itu kerana terletak jauh daripada khemah pameran utama.

 

Jurucakap PDRM berkata, orang ramai masih berpeuang untuk melunaskan saman mereka sehingga 21 Ogos 2022 kerana tawaran itu hanya disediakan sepanjang Program Jelajah AKM.

 

Beliau berkata, kehadiran tidak ramai semalam kerana Jumaat adalah hari bekerja dan pada hari ini, ada yang hadir ke kaunter itu seawal pukul 8 pagi sedangkan kaunter dibuka pada pukul 9 pagi.

 

"Memang kalau diikutkan kehadiran itu agak rendah kerana ramai berharap agar diskaun itu dinaikkan lagi seperti Jelajah AKM yang pertama.

 

pdrm

 

"Buat masa sekarang tawaran itu hanya diberikan sepanjang tempoh program ini sahaja, sebarang lanjutan akan dimaklumkan sekiranya ada kerana kami di sini hanya menjalankan tugas berdasarkan kepada arahan," katanya kepada DagangNews.com.my hari ini.

 

pdrm

 

Antara saman yang tidak akan diberikan tawaran pengurangan kompaun termasuk kes kemalagan, kesalahan yang tidak boleh dikompaun dan kesalahan berstatus perbicaraan.

 

Selain itu, kesalahan berkaitan kenderaan berat juga tidak akan diberikan pengurangan selain memotong secara berbahaya, penggunaan lorong kecemasan, tidak patuh lampu isyarat, memotong garisan berkembar dan kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan. - DagangNews.com