Tropicana catat kerugian sebelum cukai RM61.5 juta bagi 2QFY22 | DagangNews Skip to main content

Tropicana catat kerugian sebelum cukai RM61.5 juta bagi 2QFY22

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Tropicana Corporation Berhad merekodkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM61.5 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2022 (2QFY22) berbanding RM43.5 juta bagi suku sama pada tahun lalu akibat kemajuan perlahan dalam projek utama di Lembah Klang dan Wilayah Selatan.

 

Disebalik kerugian itu, kumpulan itu merekodkan hasil sebanyak RM211.4 juta iaitu 8.4% atau RM16.5 juta lebih tinggi berbanding RM195 juta pada suku sama tahun lalu.

 

Peningkatan hasil itu menunjukkan penambah baikan dari segi pelaburan hartanah, rekreasi dan operasi resort kumpulan disokong oleh pembukaan semula sempadan antarabangsa pada 1 April 2022.

 

Bagaimanapun, secara kumulatif, kumpulan itu merekodkan hasil sebanyak RM434.7 juta bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2022 iaitu RM0.8 juta lebih rendah berbanding tahun lalu.

 

Bagi tempoh itu juga, kerugian sebelum cukai terkumpul kumpulan adalah sebanyak RM97 juta  berbanding RM24.1 juta bagi tahun sebelumnya.

 

Pengarah Urusan Kanan Tropicana, Joanne Lee berkata, kempen jualan dan perkongsian agresif serta pemulihan progresif dalam aktiviti ekonomi akan membantu merangsang pertumbuhan semula kumpulan.

 

Beliau berkata, pada tahun ini tropicana melancarkan pelbagai kempen seperti Multi-Million Mania, Tropicana Power Up as well as Tropicana go-go FIT.

 

Sebagai contoh, katanya, kempen Multi-Million Mania berjaya menarik penglibatan 5,600 participants dan menjana tempehan hartanah sebanyak RM524.2 juta dan jualan runcit sebanyak RM10.7 juta di Tropicana Gardens Mall. 

 

"Kami akan terus memasarkan perbandaran Tropicana di beberapa lokasi strategik yang dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan.

 

"Bagi mempercepatkan pertumbuhan, menawarkan lapan pembangunan baharu dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM2.9 bilion selain terus memperbaharui projek kami agar sesuai dengan sentimen pasaran," katanya. - DagangNews.com