UMW Toyota Motor pelawa rakyat Malaysia ikuti pengumuman 27 September ini | DagangNews Skip to main content

UMW Toyota Motor pelawa rakyat Malaysia ikuti pengumuman 27 September ini


SHAH ALAM 20 Sept - UMW Toyota Motor menjemput semua warga Malaysia untuk ikut serta dalam satu perjalanan yang akan memberikan mereka peluang mengalami sebahagian daripada `masa depan, hari ini' pada 27 September ini.

 

''Melangkah ke hari esok pada hari ini'', perjalanan awal tersebut menjanjikan keterujaan menakjubkan, kesunyian, harmoni, tenaga, endurans dan kuasa, sebuah pengalaman yang akan mengubah hidup.

 

Timbalan Pengerusi UMWT, Akio Takeyama berkata, tanpa ingin mendedahkan terlalu banyak, syarikat akan membuat pengumuman terperinci tentang ini dalam masa terdekat, dan ia akan memberi impak besar tidak hanya kepada jenama inisahaja, tetapi ke atas industri secara keseluruhannya, serta terhadap gaya hidup dan pilihan yang sudah serasi dengan semua.

 

Beliau berkata, Toyota Motor Corporation terus akan menjadi pelopor dan syarikat telah mengambil satu lagi langkah ke depan untuk mengukuhkan komitmen globalnya menjelang 2050.

 

''Kami sedang berdepan dengan jangkaan sebuah era baru yang menarik, yang akan menetapkan perjalanan masa depan untuk generasi akan datang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata komitmen Toyota tidak hanya terhad kepada industri automtotifsemata-mata, dan ia sebuah usaha yang akan melibatkan semua pihak berkepentingan sekiranya matlamat itu ingin dicapai dengan jayanya, melangkaui sekadar pengilangan dan pemasangan kenderaan.

 

"Adanya kemungkinan hari esok pada hari ini akan mengubah ekonomi dan landskap sosial Malaysia. Jalan ke depan adalah dengan memberi komitmen dan terus bergerak, walaupun itu bermaksud untuk mengunjur sempadan dan mencabar cara lama," ujar beliau.

 

Nantikan pengumuman seterusnya menerusi laman web UMW Toyota di www.toyota.com.my atau di laman media sosial Facebook dan Instagram untuk perincian lanjut. - DagangNews.com