Untung bersih FY24 Kotra Industries susut kepada RM44.6 juta kesan kekurangan bekalan pelbagai bekalan bahan khusus | DagangNews Skip to main content

Untung bersih FY24 Kotra Industries susut kepada RM44.6 juta kesan kekurangan bekalan pelbagai bekalan bahan khusus

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Untung bersih Kotra Industries Bhd pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 (FY24) susut kepada RM44.6 juta berbanding RM65.2 juta pada tahun sebelumnya disebabkan kekurangan pelbagai bekalan bahan khusus utama di negara ini.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, hasil bagi FY24 juga susut kepada RM226.6 juta berbanding RM242.2 juta.

 

Katanya, untung bersih pada suku keempat berakhir 30 Jun 2024 (4QFY24) juga menyusut kepada RM12.5 juta berbanding RM13.1 juta, bagaimanapun hasil bagi suku berkenaan meningkat kepada RM59.8 juta berbanding RM55.8 juta pada 4QFY23.

 

"Kumpulan mencatatkan peningkatan dalam perolehan sebanyak 7.21% bagi suku semasa berbanding suku yang sama berakhir 30 Jun 2023.

 

"Ini disebabkan peningkatan dalam jualan produk makanan tambahan dalam pasaran tempatan dan eksport yang diimbangi oleh penurunan dalam jualan dalam pasaran tempatan untuk produk farmaseutikal," katanya.

 

Mengulas mengenai prospek, kumpulan itu berkata, kandskap ekonomi terus memberikan cabaran dalam bentuk tekanan inflasi yang berterusan dan turun naik kadar tukaran mata wang asing.

 

Katanya, memandangkan iklim ekonomi semasa, kemungkinan besar cabaran itu akan berterusan sepanjang 2024 dan 2025.

 

"Di sebalik ketidaktentuan ekonomi yang berterusan yang memberi kesan kepada kos operasi dan permintaan pengguna, kumpulan telah memberikan hasil yang menggalakkan bagi FY24," katanya,

 

Katanya, memasuki 2025, lembaga pengarah akan mengekalkan pendekatan berwaspada sebelum membuat keputusan selain terus mencipta nilai mampan untuk pemegang saham.- DagangNews.com