KUALA LUMPUR 16 Ogos - Velesto Energy Berhad berjaya meraih kontrak bernilai AS$6.1 juta bagi penyediaan pelantar penggerudian kumpulan Velesto NAGA 2 daripada Jadestone Energy (Malaysia) Pte Ltd.
Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak untuk Velesto NAGA 2, yang bermula pada suku semasa, adalah untuk menggerudi empat telaga bagi memudahkan program penggerudian infill Jadestone Energy di Lapangan Belumut Timur yang dikendalikan firma tersenarai di London itu.
Velesto NAGA 2 ialah pelantar bicu julur bebas dengan keupayaan kedalaman penggerudian 30,000 kaki dan kedalaman air operasi berkadar 350 kaki.
Jadestone Energy Malaysia adalah sebahagian daripada Kumpulan Jadestone Energy yang berpangkalan di Singapura.
Dalam kenyataan berasingan, Velesto juga meraih satu lagi kerja bagi menyediakan unit kerja hidraulik (HWU) untuk ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc.
Katanya, Surat Anugerah (LOA) daripada ExxonMobil adalah bagi penyediaan Gait 6 HWU dan perkhidmatan untuk penutupan telaga yang tidak berfungsi (Workover and Plug & Abandonment Program).
"Nilai kontrak bagi kerja-kerja itu adalah berdasarkan tempahan kerja yang dikeluarkan ExxonMobil dan dipersetujui sepanjang tempoh kontrak," katanya.
Projek itu dijangka bermula pada suku ini dengan tempoh kontrak selama dua tahun.
Velesto GAIT 6 ialah unit kerja hidraulik dengan kapasiti tarikan maksimum sebanyak 208 tan dan kapasiti snubbing sebanyak 102 tan yang mampu memasang pada platform luar pesisir untuk melaksanakan operasi kerja dan penutupan dengan baik. - DagangNews.com