KUALA LUMPUR 19 Jun - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang di-Pertua atau Speaker Dewan Negara.
Wan Junaidi, 78, menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan usul mencalonkan Wan Junaidi ke jawatan itu dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyokong usul tersebut.
Sebelum ini, tiga bekas menteri termasuk Wan Junaidi mengangkat sumpah sebagai senator baharu.
Dua lagi ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed. - DagangNews.com