Watsons tawar diskaun hingga 75% sempena 'Super Brand Day' di Lazada pada 23 November 2023 | DagangNews Skip to main content

Watsons tawar diskaun hingga 75% sempena 'Super Brand Day' di Lazada pada 23 November 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 22 Nov - Watsons Malaysia menjalin kerjasama dengan Lazada melancarkan 'LazMall Super Brand Day Terbesar oleh Watsons', yang akan berlangsung selama sehari pada 23 November 2023. 

 

Kempen LazMall Super Brand Day tahun ini menawarkan diskaun, penjimatan dan ganjaran lebih besar untuk produk kecantikan, kesihatan, penjagaan diri dan lebih banyak barangan lagi untuk pembeli di seluruh Malaysia, secara eksklusif di Lazada, platform e-dagang utama di Asia Tenggara.

 

Ketika 'Super Brand Day' yang berlangsung selama satu hari itu, pelanggan boleh menyemak imbas lebih daripada 500 jenama dan 9,000 produk di Kedai Utama LazMall Rasmi Watsons melalui aplikasi Lazada dan menikmati penjimatan seluruh kedai dengan diskaun sehingga 75%, bersama-sama dengan baucar tambahan diskaun sehingga 25%, bermula dari 20 November 2023.

 

Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Watsons International, Caryn Loh berkata, pihaknya teruja dengan kerjasama berterusan dengan Lazada dalam menawarkan kemudahan pembelian yang eksklusif bagi ahli dan pelanggan untuk terus membeli-belah dalam talian. 

 

"Kami sentiasa mencari peluang dan cara baharu untuk berinteraksi dengan pelanggan kami untuk menawarkan lebih nilai dan pilihan bagi produk kesihatan dan kecantikan untuk para pengguna," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Alan Chan pula berkata, pihaknya berbesar hati menganugerahkan Watsons dengan anugerah 'Most Loved Beauty Brand Partner' semasa Gala LazMall 2023 baru-baru ini. 

 

Katanya, pengiktirafan itu adalah bukti prestasi cemerlang Kedai Utama LazMall Rasmi Watsons di Lazada dan cara mereka berinteraksi dengan pelanggan dalam talian sepanjang tahun yang amat mengagumkan. 

 

 

watsons

 

 

"Oleh itu, selepas kejayaan 11.11, kami berbesar hati untuk mempersembahkan bersama 'LazMall Super Brand Day Terbesar oleh Watsons' secara eksklusif di Lazada. 

 

"Peminat Watsons pasti teruja untuk menambah ke dalam troli pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan kegemaran mereka pada harga yang memukau dan dalam masa yang sama menemui pelbagai barangan keperluan harian dengan nilai yang menjimatkan wang," katanya.

 

Dalam pada itu, Watsons menganjurkan 'Crazy Live Stream Marathon' selama 12 jam bermula dari 11 pagi hingga 11 malam, mempromosikan produk dan tawaran terbaik dalam talian. 

 

Semasa berlangsungnya kempen itu, pembeli boleh mengikuti Crazy Live Stream Marathon setiap jam untuk berinteraksi dengan selebriti terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fiza Frizzy, Sarancak, 94Henn dan ramai lagi yang akan berkongsi tips dan tawaran sedia ada dalam tempoh satu hari sahaja.

 

Seramai 20 ahli bertuah akan memenangi peluang membeli-belah percuma selama satu tahun di kedai rasmi Watsons di LazMall. Selain itu, ahli Watsons boleh memperoleh mata ganjaran untuk setiap produk yang dibeli dari kedai Watsons di Lazada. - DagangNews.com