Skip to main content

Barcelona atasi Real Madrid dalam senarai Forbes kelab paling berharga di dunia

NEW YORK 13 April — Barcelona melonjak ke kedudukan pertama senarai kelab bola sepak paling berharga di dunia dengan penilaian sebesar AS$4.76 bilion, sekali gus mengatasi lawan tradisi paling sengitnya, Real Madrid, menurut senarai yang dikeluarkan oleh Forbes.

 

Real Madrid, yang telah mengungguli senarai Forbes itu selama lima kali sebelum ini, menewaskan Barcelona 2-1 di dalam "El Clasico" pada Sabtu lalu tetapi mendapati kelab mereka di belakang Barca dengan penilaian sebanyak AS$4.75 bilion.

 

Menurut Forbes iaitu majalah perniagaan, purata nilai 20 kelab ternama di dunia telah meningkat sebanyak 30% dalam 2 tahun ini sebanyak AS$2.28 bilion, meskipun pandemik COVID-19 menghalang penyokong memasuki stadium pada hari perlawanan, yang menyaksikan perolehan jatuh AS$441 juta atau penurunan 9.6% berbanding musim 2017-18.

 

“Derita ini belum berakhir, dengan penyusutan terburuk dari segi perolehan hari perlawanan masih dirasai ke musim sekarang dan kebanyakan pasukan di liga utama Eropah membenarkan sebilangan kecil penyokong menghadiri perlawanan," kata Penolong Pengarang Urusan Forbes, Mike Ozanian.

 

bayern

 

Juara Eropah Bayern Munich (AS$4.215 bilion) berada di tangga ketiga senarai manakala 'Big 6' dari Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester United, Liverpool, Manchester City, Chelsea, Arsenal dan Tottenham Hotspur — semuanya dalam senarai Top 10.

 

Juara Perancis, Paris St Germain meningkat ke tangga kesembilan setelah mendapat penilaian AS$2.5 bilion iaitu pertambahan 129% dalam 2 tahun - peningkatan terbesar dalam 10 pasukan teratas, menurut laporan REUTERS. 

 

Triton2020

 

Ia juga mendorong `penyingkiran' Juventus dari Top 10 untuk ke tangga ke-11 walaupun memiliki pemain berkelas dunia terkemuka, Cristiano Ronaldo. — DagangNews.com

 

Top 20 Pasukan Bolasepak Paling Berharga Di Dunia oleh Forbes

  1. Barcelona – $4.76bn

  2. Real Madrid – $4.75bn

  3. Manchester United – $4.5bn

  4. Bayern Munich – $4,125bn

  5. Liverpool – $4.1bn

  6. Manchester City – $4bn

  7. Chelsea – $3.2bn

  8. Arsenal – $2.8bn

  9. Paris Saint-Germain – $2.5bn

  10. Tottenham – $2.3bn

  11. Juventus – $1.95bn

  12. Borussia Dortmund – $1.9bn

  13. Atletico Madrid – $1bn

  14. Inter – $743m

  15. Everton – $658m

  16. Milan – $559m

  17. Roma – $548m

  18. West Ham – $508m

  19. Leicester – $455m

  20. Ajax – $413m