KUALA LUMPUR 22 Dis - Liberty Insurance menawarkan hadiah berupa e-baucar petrol bernilai RM50 bagi pemilik kereta baharu yang mendaftar untuk Liberty Insurance’s Zero Age New Registered Private Car Comprehensive Policy.
Syarikat insurans itu dalam satu kenyataan berkata, tawaran tersebut tertakluk kepada terma dan syarat Liberty sementara stok masih ada.
Katanya, Liberty Insurance juga menawarkan proses tuntutan yang cekap menerusi Liberty Own Damage (OD) Express Claim yang hanya terpakai dengan Pelan Komprehensif Kereta Persendirian EZY Plus.
"Tuntutan boleh dibuat melalui mana-mana telefon pintar dan kemalangan mesti dilaporkan dalam tempoh 48 jam untuk pembayaran tuntutan ekspres," katanya.
Menurutnya, keselamatan di jalan raya adalah aspek yang paling penting terutamanya apabila melakukan perjalanan dengan keluarga bergantung pada kerusi keselamatan kanak-kanak untuk memastikan mereka selamat semasa memandu jauh.
Katanya, tempat duduk kereta boleh menjadi perbelanjaan yang mahal bagi kebanyakan orang dan jika rosak dalam kemalangan atau banjir, ia akan menjadi perbelanjaan tambahan yang kebanyakannya tidak mampu membayar kos untuk kenderaan yang rosak atau dicuri.
"Polisi Komprehensif EZY Plus Liberty Insurance melindungi penggantian tempat duduk kanak-kanak jika tempat duduk itu rosak akibat kemalangan, kecurian atau banjir.
"Untuk perlindungan yang lebih lengkap, polisi Kereta Persendirian EZY Plus juga meliputi penggantian kunci jika kunci hilang akibat kecurian, sehingga RM500 untuk satu penggantian kunci," katanya. - DagangNews.com