Perancangan Bajet sudah kuno; Ini 3 cara pintar Pengurusan Kewangan bagi Generasi Muda | DagangNews Skip to main content

Perancangan Bajet sudah kuno; Ini 3 cara pintar Pengurusan Kewangan bagi Generasi Muda

Oleh Keith Khor Kah Yong, Pengasas Intelligent Consultancy

GAJI setiap bulan, bonus dari tempat kerja yang bagus, elaun perayaan daripada pakcik dan makcik — kita semua tahu keseronokan dalam mendapatkan dan mempunyai wang tambahan.

 

Tapi jujurlah: lebih kerap daripada tidak, duit yang kita dapatkan itu lebih cepat keluar daripada masuk!

 

Walaupun ia mungkin dibelanja untuk membeli barangan yang berbulan-bulan kita impikan, realitinya ialah ramai di antara kita yang muda ini tahu bahawa kita tidak boleh sentiasa memboroskan semua perbelanjaan untuk gaya hidup yang mewah.

 

Kita lebih cenderung untuk meletakkannya ke arah pinjaman yang telah kita ambil, atau pembelian besar (tetapi penting) yang telah ditangguhkan selama berbulan-bulan, atau hanya menjelaskan jumlah komitmen bulanan yang tinggi.

 

Sebenarnya, itulah kes membimbangkan bagi 73% rakyat Malaysia berusia 18 hingga 40 tahun: kita semua semestinya sedang dalam proses membayar semula sekurang-kurangnya satu jenis hutang.

 

Kita boleh berjanji pada diri sendiri untuk "lebih berjimat pada hari esok". Kita boleh sahaja membuat perancangan bajet yang lebih ketat untuk kecemasan. Tetapi dengan komitmen kewangan yang menimbun di atas kos hidup yang meningkat, apa lagi yang boleh kita lakukan selain daripada itu?


 

Keith Khor Kah Yong
                                Keith Khor Kah Yong

 


Ini bukan sekadar tentang mengorbankan sepenuhnya secawan kopi yang kita minum secara harian ataupun menjamu diri sekali-sekala. Ini adalah tentang mengetahui ke mana kita perlu letakkan wang kita.

 

1. Menjadikan kad kredit dan BNPL sebagai kawan, bukan musuh

Anda semua pasti pernah mendengar cerita yang menggerunkan seperti berikut: terbawa-bawa dengan kemudahan hidup secara dibantui oleh kad kredit, menikmati menangguhkan pembayaran untuk barangan mahal yang boleh dibeli dengan segera.

 

Kad kredit dan platform ‘beli sekarang, bayar kemudian’ (BNPL) telah lama mempunyai reputasi buruk sebagai perangkap hutang yang besar. Malah, beberapa rakyat Malaysia sangat berhati-hati bila berbicara tentang kad kredit. Ada juga yang mengelak daripada menggunakan kad kredit sepenuhnya.

 

Sebenarnya, kad kredit boleh membawa manfaat dalam strategi kewangan kita — selagi kita gunakannya dengan pemikiran yang sedikit berbeza.

 

Daripada melihat kad kredit sebagai cara untuk menangguhkan pembayaran (yang boleh membangkitkan sifat buruk dalam diri kita), kita sebagai anak muda Malaysia sebaliknya harus memanfaatkan sepenuhnya masa muda dan menganggapnya sebagai cara awal untuk membina skor kredit yang positif! Ini dapat mendorong kita untuk membayar bil tepat pada masanya dan mengurangkan kadar faedah bertambah.

 

Lebih baik lagi: ia juga meningkatkan prestasi kewangan kita untuk membuat pinjaman yang berbaloi pada masa hadapan, seperti pinjaman perumahan atau perkahwinan.


 

parafrasa

 


Menguasai pembelian strategi menguruskan penggunaan kad kredit atau BNPL juga boleh membuat kita untung sedikit. Contohnya, dengan menggunakan kredit hanya untuk jenis pembelian mingguan atau bulanan tertentu, kita lebih berkemungkinan dapat membayar bil setiap bulan sepenuhnya — yang kini banyak syarikat kad kredit memberi ganjaran dengan pulangan tunai atau mata ganjaran tambahan.

 

Simpankan lebih banyak mata kredit ini, dan kita mungkin mampu mendapatkan barangan mewah daripada katalog penebusan mereka secara percuma!

 

2. Mulakan pelaburan awal, kecil, dan pelbagai

Pelaburan boleh dijadikan sebagai salah satu aliran pendapatan untuk mereka yang sudah menyediakan wang simpanan, kebanyakannya dalam golongan usia yang lebih tua. Kurang daripada 35% golongan muda Malaysia mengutamakan simpanan, malah sebahagian yang lebih kecil daripada mereka mengutamakan perniagaan kendiri.

 

Sebenarnya, pelaburan adalah salah satu cara efektif untuk mengembangkan kewangan — yang merupakan perkara penting sekarang, lebih lagi dalam  fenomena peningkatan kos dalam ekonomi ini. Pelaburan yang berkesan bukan sekadar tentang jumlah wang yang dimasukkan ke dalamnya, tetapi lebih kepada pengetahuan dan ilmu untuk melaburkan wang kita pada perkara yang bersesuaian dengan umur semasa dan keadaan pasaran. Pelaburan terkecil pun boleh membuat perubahan besar dari semasa ke semasa.

 

Selalunya, pelabur muda dan tidak berpengalaman diberitahu bahawa mereka "hilang" peluang yang lebih menguntungkan atau bahawa mereka "tersalah letak" pelaburan mereka.

 

Tetapi saya menganggap aktiviti melaburkan wang ini sama seperti berenang: lebih baik untuk bermula daripada kawasan cetek daripada melompat ke dalam kawasan dalam pada peringkat awal.


 

parafrasa

 


Pelaburan berisiko rendah seperti simpanan tetap, unit amanah, atau Amanah Saham Bumiputera adalah pilihan terbaik untuk melakukan pelaburan, terutamanya kerana kakitangan perbankan atau ejen amanah akan sentiasa bersedia untuk menjawab soalan atau profil sebarang keperluan pelaburan.

 

Selain itu, aplikasi atau platform pelaburan pasif juga boleh dijadikan pelaburan mudah, secara digital untuk mengembangkan kekayaan anda secara sampingan.

 

Menyertai pelaburan berskala kecil juga merupakan pengalaman pembelajaran yang boleh meningkatkan keyakinan kita untuk akhirnya meluaskan lagi aktiviti pelaburan, seperti memasuki pasaran saham dan modal perniagaan. (Dan seperti biasa, ingat bahawa ganjaran adalah sejurus dengan risiko, maka berhati-hatilah!)

 

3. Mendapatkan pendapat pakar — yang memahami anda

Dengan begitu banyak rumusan dan platform kewangan di luar sana, kita bukan sahaja dilimpahkan dengan pilihan semata — kebanyakan dari kita juga mungkin tidak tahu di mana untuk memulakan langkah terhadap kewangan yang lebih sihat!

 

Sudah menjadi naluri semula jadi untuk kita beralih kepada Google atau media sosial untuk mencari maklumat, jadi mengapa tidak menggunakan kedua-dua ini untuk berhubung dengan penasihat kewangan?

 

Konsultasi kewangan telah berkembang maju. Hari ini, konsultasi kewangan datang dalam bentuk pasaran AS$104 bilion: pempengaruh media sosial (dalam bidang kewangan) dan firma konsultasi moden seperti Intelligent Consultancy.

 

Pasaran konsultasi kewangan giat diketuai oleh golongan pemuda, dengan penasihat yang lebih berkait rapat dengan belia Malaysia hari ini. Mereka lebih mudah untuk dihubungi dan lebih senang untuk difahami: mereka menghapuskan jargon kewangan, dan menggantikannya dengan nasihat yang mudah dihadam melalui kandungan media sosial dan sesi perundingan yang dikhaskan bagi penerima nasihat.

 

Pengurusan hutang, pinjaman peribadi, semakan kredit, malah pembiayaan perniagaan kecil — penasihat boleh membantu anak muda Malaysia menguruskan kewangan mereka dan menyusun strategi pembayaran yang paling sesuai dengan gaya hidup yang kami harapkan.


 

parafrasa

 


Selain itu, konsultan dan finfluencer juga mungkin mempunyai bidang kepakaran mereka sendiri yang boleh menjadi sumber peningkatan kemahiran kewangan dan pengetahuan untuk kami: keselamatan melabur, analisis pasaran saham, dan juga alternatif pembiayaan yang akan datang seperti Bitcoin atau mata wang kripto.

 

Semestinya ada sebab mengapa atlet terbaik juga mempunyai seorang jurulatih. Penasihat kewangan mempunyai kedudukan yang sangat unik untuk membantu kita merangka strategi yang bukan sahaja memenuhi keperluan kita, tetapi membawa kita ke puncak: kepada aspirasi gaya hidup masa depan, cita-cita kewangan dan pembelian besar yang kita ingin lakukan — semuanya tanpa mengorbankan secawan kopi harian itu. – DagangNews.com