Percaya dengan proses, kunci kejayaan bisnes untuk kekal bertahan - Azizan Osman | DagangNews Skip to main content

Percaya dengan proses, kunci kejayaan bisnes untuk kekal bertahan - Azizan Osman

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 26 Okt - Walaupun ramai usahawan khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdepan dengan cabaran dalam tempoh ini, terdapat usahawan yang berjaya bertahan dan berkembang dalam perniagaan mereka ketika ini.

 

Perkara itu disuarakan oleh Pengasas RichWorks International Sdn Bhd, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang melontarkan persoalan, adakah perniagaan usahawan boleh terus bertahan tahun hadapan?

 

"Ini bukan cakap kosong, saya lihat sendiri usahawan jutawan bimbingan saya dan RichWorks mampu melakukannya. Namun proses ini bukannya berlaku dalam sekelip mata. Mereka ini 'trust the process', ikuti perjalanan, panduan dan hala tuju diberikan hingga mampu bina bisnes yang berjaya.

 

"Adakah bisnes anda boleh 'survive' tahun depan? Soalan ini sangat penting bagi semua bangsa usahawan ambil dan duduk fikirkan sedalam-dalamnya.

 

"Saya tahu, ramai usahawan PMKS berdepan cabaran dalam tempoh ini. Ada yang alami jualan merosot, ada yang risau kos operasi makin meningkat atas pelbagai faktor.

 

"Ada juga yang bimbang soal 'cash flow' syarikat makin mengecil. Ada pula yang takut dengan prospek ekonomi global bila mana penganalisis ekonomi termasuk daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia jangka kemelesetan ekonomi pada 2023.

 

"Tapi tahukah anda, ketika ini ada juga usahawan yang bukan saja bertahan, malah berkembang hingga pecahkan rekod jualan mereka pada 2021. Kenapa mereka boleh menyaksikan peningkatan dalam bisnes? Sebab ada kekuatan 'supernatural' ke, mempunyai sayap atau usahawan itu paling bijak dalam dunia ini?," soalnya.

 

 

richworks

 

 

Dr Azizan berkata, usahawan terbabit sama juga seperti usahawan lain yang juga berdepan cabaran, namun mereka tahu apa perlu difokuskan dan melakukan tindakan yang lebih tepat.

 

"Saya dan RichWorks bukannya mengajar hanya untuk jalankan bisnes, tetapi bagaimana nak membina bisnes yang mampu bertahan," katanya.

 

Beliau turut mempelawa semua usahawan yang berada dalam keadaan tekanan atau tidak tahu apa lagi boleh dilakukan untuk berdepan isu dan cabaran untuk berhubung dengannya melalui talian WhatsApp Datuk Wira untuk usahawan bertanyakan soalan. 

 

"Saya sendiri akan jawab nanti melalui video atau sesi Voice Chat di akaun Telegram Azizan Osman Official setiap hari Ahad, pukul 8 pagi. Sesi khas itu merupakan persediaan untuk usahawan-usahawan yang akan berjumpa dengan kami dalam program 10X Bina Bisnes Berjaya di Setia City Convention Centre pada hujung bulan ini," katanya.

 

Katanya, program selama tiga hari itu akan menjawab dengan lebih mendalam bagaimana seorang usahawan dapat bertahan dalam tempoh ini termasuk pada 2023.

 

Dalam pada itu, Dr Azizan turut memberi bayangan program tersebut merupakan yang terakhir pada tahun ini, dan mungkin juga selepas ini.

 

"Saya akan lebih memfokuskan kepada usahawan-usahawan yang berada pada tahap expansion, di samping melaksanakan tanggungjawab dalam dunia korporat, Insya-Allah.

 

"Apa-apapun, RichWorks sentiasa ada untuk bantu dan menyokong bangsa usahawan dalam membina bisnes yang berjaya. Bangsa usahawan jangan mudah mengalah, pasti ada jalan dalam mendepani krisis dan cabaran yang ada ketika ini," katanya. - DagangNews.com