Larangan import sawit beri impak terhadap peneroka Felda
KUALA LUMPUR 2 Okt. - Rundingan Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO) menyifatkan larangan mengimport produk FGV Holdings oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat bakal memberi impak terhadap peneroka dan pekerja-pekerja ladang.