Terkini | DagangNews Skip to main content

Bahagian awam IPO Cropmate terlebih langgan sebanyak 84.88 kali

KUALA LUMPUR 27 Nov - Cropmate Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE mengumumkan Tawaran Awam Permulaannya (IPO) kepada orang ramai Malaysia telah terlebih langgan sebanyak 84.88 kali. 

 

Zon Kewangan Khas Forest City utamakan sektor perbankan dan logistik - MB Johor

ISKANDAR PUTERI 27 Nov - Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City akan memberi keutamaan kepada dua sektor utama iaitu perbankan dan perkhidmatan kewangan, di samping perkhidmatan logistik, pusat perkhidmatan global dan perkhidmatan pemindahan.

 

Binastra raih kontrak RM67.6 juta bangunkan semula tapak loji rawatan kumbahan di Cheras

KUALA LUMPUR 27 Nov - Binastra Corporation Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Binastra Builders Sdn Bhd menerima kontrak pembinaan RM67.55 juta bagi projek pembangunan semula tapak loji rawatan kumbahan di Cheras, Kuala Lumpur.

 

Untung bersih Genting Plantations pada 3QFY24 meningkat kepada RM83.05 juta tetapi hasil menyusut kesan jualan rendah

KUALA LUMPUR 27 Nov - Untung bersih Genting Plantations Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 September 2024 (3QFY24) meningkat kepada RM83.05 juta berbanding RM80.51 juta tetapi hasil bagi suku tersebut susut kepada RM718.53 juta berbanding RM775.79 juta.

 

Hasil CCK dijangka lebih kukuh pada prestasi kewangan akan datang, penganalisis semak naik penarafan kepada "beli" 

KUALA LUMPUR 27 Nov - CCK Consolidated Holdings Bhd dijangka mencatat pendapatan yang lebih kukuh pada prestasi kewangan akan datang susulan keputusan suku ketiganya, kata penganalisis. 

 

Prospek pelaburan Malaysia menjanjikan di bawah dasar Donald Trump 2.0 - penganalisis

KUALA LUMPUR 27 Nov - Malaysia dijangka memanfaatkan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 bagi mengekalkan kestabilan ekonominya dan pada masa sama meletakkan dirinya sebagai pemain serantau di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global berpunca daripada dasar Presiden A

Prospek suku keempat 2024 positif didorong peningkatan Indeks Keyakinan Perniagaan - MIER

KUALA LUMPUR 27 Nov - Keyakinan perniagaan bagi suku keempat 2024 (4Q24) adalah positif, dengan Indeks Keyakinan Perniagaan (BCI) menghampiri 105 mata pada suku ketiga 2024 (3Q24).

 

MyDigital ID, SCC dan Ezytap bekerjasama pacu integrasi identiti digital rakyat Sabah

KOTA KINABALU 27 Nov - MyDigital ID Sdn Bhd (MyDigital ID), Sabah Credit Corporation (SCC) dan Ezytap Sdn Bhd (Ezytap) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk merombak pengesahan identiti digital dan memudahkan akses kepada perkhidmatan kewangan di Sabah. 

AmInvestment jangka harga unit Hektar REIT meningkat berikutan kenaikan kadar penghunian pusat beli-belah 

KUALA LUMPUR 27 Nov - Harga unit Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) dijangka naik berikutan peningkatan kadar penghunian pusat beli-belah sedia ada dengan penyewa baharu dijamin kata, AmInvestment Bank Research.

 

Ketidaktentuan subsegmen hiliran, penganalisis ramal keuntungan operasi IOI Corp kekal stabil

KUALA LUMPUR 27 Nov - Keuntungan operasi IOI Corp Bhd kekal stabil sewaktu ketidaktentuan dalam subsegmen hiliran, dipacu kos pengeluaran yang rendah antara syarikat pesaingnya iaitu sekitar RM2,300 hingga RM2,600 setiap tan, kata MIDF Research.

 

Subscribe to Terkini